Tuesday, December 31, 2013

Tutup Tirai 2013 ..

Hai Blogger !
Dunia blogger sudah lama tidak menyibukkan diri disini..
Biasalah sibukkan diri..
Alhamdulilah.. Esok kita akan menempuhi di tahun baru.. Tinggal berapa jam saja lagi ..
Sekarang diluar sana sibuk buat perhimpunan haram ! Tak paham apa yang berlaku diluar sana.. Mungkin semua ingin menuntut hak masing masing.. Nak puaskan hati semua orang memang susah..

Tapi cik nely bukan tujuan menulis blog ini nak cerita pasal pembangkang kat luar sana.. Cik nely nak cerita suka duka 2013.. 2013 banyak yang cik nely tempuhi.. Banyak dugaan yang saban hari mendatang.. Betapa sukar untuk menelan.. Seawal januari cik nely berkenalan dengan seseorang dan terus berkawan dan sehingga memutuskan hidup bersama.. Tapi sudah suratan takdir.. Beliau pergi tak kembali .. Pada tanggal 29 Julai 2013 pada jam 10 pagi bersamaan 20 Ramadhan.. Cik nely terasa kehilangan seseorang yang kita yakin dia lah jodoh kita... Subanaallah.. Sukar tuk kita bangkit.. Setelah seminggu mencari diri sendiri dan berdiri dengan sendiri untuk meneruskan kehidupan yang tak tahu apa pula dugaan yang mendatang.. Cik nely redha dengan ketentuan takdir.. Setelah itu bila tuhan memberi seorang sahabat yang banyak menolong untuk meneruskan kehidupan cik nely.. Yang sedikit sebanyak memberi semangat hidup.. Tapi disalah erti dari beberapa pihak.. Satu lagi tamparan hebat cik nely lalui.. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. Cik nely terima dengan senyuman, sebab bagi cik nely jika kita di pihak yang betul buat apa kita perlu takot tapi rasa sebersalah memang ada sebab kita yang menjadi puncanya.. Setelah itu cik nely masih mencari diri sendiri lagi.. Mungkin cik nely tak jumpa apa yang cik nely mahukan.. Kawan kawan ditempat kerja banyak membantu.. sarizan bt atan @ CAE.. Dia banyak bagi nasihat dan tujuan arah hidup cik nely.. Dia yang membuka mata cik nely.. Dan begitu juga kawan sekerja yang lain.. Now panjang@nizam pun membantu kembalikan gelak tawa cik nely.. Yup.. Kami kawan.. Seperti abg dengan adik.. Bukan senang nak lupakan orang yg kita sayang.. Yang pernah ada sebahagian hidup kita.. Hargailah mereka..cik nely happy dengan kehidupan cik nely sekarang.. Alhamdulilah.. Cik nely boleh terima apa yang cik nely lalui..


Untuk Azam 2014..
Cik nely tak ada tanamkan azam apa apa.. Bagi cik nely.. Hari hari kita boleh tanamkan azam kita.. Cukuplah bagi cik nely memiliki hidup yang sempurna, tidak menyusahkan orang lain, disayangi oleh orang sekeliling.. 


Friday, December 6, 2013

Copy&paste tetapi hakikatnya memang betul 😊

IBU PESAN :Jangan kongkong , selagi tiada ikatan , biar la dia nak berkawan dengan berapa ramai perempuan / lelaki sekalipun . Biar la dia nak mengaku single dengan perempuan-ii tu sekalipun . Kita boleh cemburu tapi jangan tunjuk , jangan memberontak dan pendam je la semua rasa tu . Kalau dia buat semua tu , maknanya hati dia bukan la 100% untuk kita , sebab tu la dia cari yang lain . Simpan perempuan / lelaki lain . Doa je la  , bila jodoh kita dengan dia , dia berubah . Tinggalkan semua tuu . Time tu , nak kongkong , kongkong la , sebab da sah-ii dia milik kita ツ        
  AYAH PESAN :Kecewa macam mana pun kita , jangan sesekali kita buat orang .  Biar lha orang yang buat kita , jangan kita berdendam dan jangan memaki hamun . Sekarang mungkin kita banyak kecewa . Tapi ALLAH tu Maha Adil , mana tau satu hari nanti kita dapat bahagia yang hakiki sebagai ganti dari segala duka yang pernah kita dapat sebelum ini dan dia terima balasan atas apa yang dia buat kepada kita  ..   :')

Wednesday, November 27, 2013

Today 27 november 2013

Entah dari mana hendak mulakan bicara ini...
Meluahkan sesuatu yang tak lepas..
Kehidupan dulu dan sekarang sangat berbeza..
Seumpama tiada ruang untuk merancang hanya ikut kata hati dan tubuh badan..
Cerita pasal hati..
Hati ini tak tahu nak cakap apa, nak sesuatu tapi tak tahu nak apa !
Masa depan seumpama gelap dah,
Bila sudah rancang tak menjadi pulak,,
Apa yang aku hendak dalam kehidupan aku ?? Bila tengok orang lain bahagia je dan aku ini menderita..
Aku bukan lah bak cerita pasal cinta...
Tapi aku nak cerita pasal kehidupan aku..
Kuar gelap balik pun gelap.. Sabtu ahad hanya duduk rumah sahaja.. Aku seumpama tiada kawan didunia ini, kenapa aku begini?? Kenapa aku tak mcm keluarga lain..
Bila kita sudah merancang sesuatu tapi tak menjadi.. Hati sangat down dan dunia seakan gelap dah tiada semangat dan mcm mcm laa.. Hati siapa yang tahu
Semua orang tak boleh baca hati seseorang itu...

Sunday, November 24, 2013

Assalammualikum...


Wanita... Bukan senang untuk menjadi wanita...
Bila kita dibenci.. Bila kita dianaiya.. Bila seseorang mendoakan yang tak baik tuk kita.. Apa yang awak rasa?? Sesungguhnya rasa diri ini kecil dan hina sekali..perasaan macam macam ada.. 
Mama pernah pesan, biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang dan biarlah orang doakan kita yang buruk, jangan kita dioakan dia buruk malah kita doakan yang baik baik untuk dia..mungkin dia tengah marah, orang tengah marah macam macam perasaan ...
Tuhan menguji sebab dia sayang kan kita..
Bila kita diterima tohmahan.. Masyaallah macam kena satu tamparan yang hebat, malah kata kata itu sentiasa dipikiran .. 
Susah untuk buang, mungkin makan masa ..

"Tggu jer laa nanti. Kalau ade pompuan lain buat kat bf awak macam tuh.. Baru laa awak rasa apa yg saya rasa... Tuhan tuh adil.. Kalau dia aniaya orang lain cepat jer tuhan tuh nak balas"

Bila kita kehilangan seseorang amat perit sekali untuk mulakan hidup.. Harapan yang kita bina selama ini, hancur sekali.. Bila Segala persiapan sudah dibuat walaupun hanya beberapa peratus tapi bila tak jadi.. Bagai dunia gelap, yelah kita yakin dengan dia dijodohkan, dengan dia suami kepada kita, dengan dia imam ketika solat, dengan dia ayah kepada anak anak kita.. Dan dengan dia lah segala galanya......

Dugaaan sentiasa datang kepada kita.. Kita hanya mampu berdoa agar dugaan yang datang tak begitu berat dan semoga kita kuat untuk mengharungi nya...

Hari ini mula lah dengan langkah kanan, mulakan lah hari hari datang dengan baik..
Lupakan lah segala galanya..
Anggaplah ujian dari dia.. Kita ada family yang patut dijaga.. Kita masih ada kawan yang ada..dan ingat tuhan sentiasa ada disisi kita..




Saturday, November 16, 2013

Itulah ceritanya...

Kadang kadang kita minta
Pada allah sesuatu,
Seseorang.. Yang kita rasa "inilah yang terbaik untuk aku..

Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikarah atau istisyarah.. '.. Boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu..'

Mulalah kita sedih, kecewa.. 
Bertanya pada diri,
Bertanya pada allah
'Mengapa?, Mulalah kita rasa tidak yakin 
Pada petunjuknya..
Sabarlah ketentuan allah itu pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa
Bukan itu, mengapa bukan ini..
Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita

Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjuknya. Tidak pernah dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti ❤️

Wednesday, November 6, 2013

100 hari dah dia...


Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah dia 100 hari.. Ya Allah begitu cepat masa berlalu dengan pantas..
Awak... Saya selalu dan sentiasa doakan awak supaya awak tenang disana, walaupun saya tak tahu keadaan disana, saya tahu awak adalah orang yang paling baik yang pernah saya jumpa dan sesungguhnya saya tahu allah tempatkn awak dikalangan orang orang yang beriman.. Awak dah ada tempat disana..
Awak doakanlh kebahagian saya disini, sesungguhnya saya sekarang dapat bangkit semula kerana saya tahu awak telah menghantar seseorang tuk sentiasa memberi saya gembira seperti mana dulu pernah awak lakukan kepada saya, walaupun sebagai kawan atleast saya tidak rasa kosong.. 

Insyaallah saya doakan awak selalu
Aminnnn..

Yang pernah ada dalam sebahagian hidup awak...

Neliesuliza Zainin

Tuesday, November 5, 2013

Jika awak masih ada..

Assalammualikum cinta,,
Itulah ungkapan setiap pagi yang sering dia bagi...
Awak..., jika awak masih ada, hari ini tahun baru islam, dan ulangtahun kita yang ke-8 awak.. Walaupun 8 bulan bukan senang untuk kita lalui.. Kita pun dah kenal hampir 6 tahun.. 
Awak.. Jika awak masih ada kalau cuti kita mesti ada je aktiviti kan?? Tengok wayang laa.. Pergi taman laa.. Pergi karnival laa.. Mcm mcm awak bawak saya pergi sana sini.. 
Awak.. Jika awak masih ada kita mesti dah rancang macam macam kan?? Banyak kita dah rancang kan awak??
Awak.. Jika awak masih ada.. Saya mesti tak sunyi sampai sekarang kan???
Awak.. Jika awak masih ada.. Saya tak de keseorangan kan??
Awak... Jika awak masih ada mesti awak bahagia kan saya kan??
Awak.. Jika awak masih ada mesti awak tak akan sesekali sakitkan hati saya kan??
Awak... Jika awak masih ada mesti awak dah beli air milo 2 kotak tuk saya, supaya saya kuat !
Awak.. Jika awak masih ada mesti kita pergi makan dekat warung! Biasa kita order Nasi Goreng Kampung!
Awak.. Jika awak masih ada mesti sebelum awak hantar balik awak bagi saya makan, tak nak bagi saya lapar kata awak !
Awak.. Jika awak masih ada mesti lepas awak amik saya lepas kerja kita lepak putrajaya 
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti belikan saya Macarons walaupun dekat sogo ada tapi saya cakap tak da!
Awak... Jika awak masih ada mesti kita pergi the curve tengok wayang dan kita makan dekat area Kajang@Bangi
Awak.. Jika awak masih ada mesti awak bawak saya shopping tempat kegemaran saya di 21Forever, Pavillion..
Awak.. Jika awak masih ada mesti awak saya makan kat kedai Mamak lepas saya balik kerja, Menu yang sama roti tampal awak roti kosong@roti bom saya, air suam saya dan Teo Nipis Awak !
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti ajar saya makan SUbway !
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti suka bawak saya pergi Alamanda semata mata nak makan subway tak pun suka shopping kat situ..
Awak jika awak masih ada kalau saya cuti hari sabtu awak mesti bawak saya pergi kerja..
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti bagi saya bunga yang awak buat sendiri
Awak.. Jika awak masih ada kita mesti bercerita sampai ke pagi tentang kerja awak laa
Awak.. Jika awak masih ada mesti mesti mesti mesti kitaaaa...


Sunday, October 20, 2013

D..,,

D....,
B rindu dengan d...
D... Klu D tak tinggalkan B tak kan semua ini berlaku pada B
Dulu pernah B tinggalkan D disebabkan perempuan lain.. B tahu perasaan dan keadaan waktu itu, bertapa sakitnya perasaan ini dan mengambil masa untuk pulih, tapi B dapat terima semula D sebab D bersungguh sungguh dengan niat D untuk memperisterikan B..
D...
B tak tahu dugaan apa lagi yang diberikan untuk B lepas ini, kalau D tak tinggalkan B tak semua ini berlaku kan??

B Sedih nie, tak tahu nak luahkan kepada siapa, tiada siapa pun faham keadaan B.. D.. Mcm mana kalau benda ini tetiba berlaku didepan B??
B tak sanggup lalui semua ini ...

Yang amat merindui mu 
Neliesuliza



Saturday, October 19, 2013

Kek Oreo 😊☺️




Selamat Petang
Hai korang, nak tahu hari nie cik nely buat kek, kek oreo ha.. Actually dulu waktu sekolah n belajar cik nely suka buat kek then dah bekerja terus tak buat.. Rasa dah lama sangat then hari ini tetiba rasa nak buat..
Alhamdulilah menjadi skill masih ada lagi .. Hehehe
Actually kalau diberi pilihan masak atau buat dessert ke.. Cik nely lebih ke dessert la macam kek, caramel dan macam macam lagi laa.. Masak tue reti tapi cik nely lebih suka buat dessert.. Itulah aktiviti cik nely hari ini.. 
Esok rasa nak buat kek ini laa..




I love u ....

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..

Thursday, October 17, 2013

Selamat Malam ...

Ya Allah ,
jika aku jatuh cinta , 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu 
Ya Muhaimin , 
jika aku jatuh hati ,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu .
Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati ,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu 
Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu .
Ya Allah , 
jika aku menikmati cinta kekasihMu ,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu .
Ya Allah ,
jika aku jatuh hatipada kekasihMu ,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu .
Ya Allah ,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu ,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu .

Tuesday, October 15, 2013

Bila Hati saya berkata...


Assalammualaikum...
Aku wanita biasa.. Tiada satu perempuan pun sempurna dalam dunia ini, melainkan dia cuba untuk menjadi sempurna.. Kepada siapa wanita dicipta semestinya untuk kaum adam diluar sana.. Wanita jangan dibilangi cantik tapi bilangi lah dia sangat cantik.. 
Cik nely sangat bertuah dilahirkan dibumi ini dengan 2 keluarga.. Cik nely ada ibu& ayah dan papa&mama.. 
Bukan mudah untuk menjaga hati orang tua, semua anak ingin terbaik untuk keluarganya..
Cik nely seorang wanita yang pemalu, manja, pendiam & senang mesra dengan sekeliling.. Kehidupan cik nely dari kecik sampai ke hari ini adalah sederhana.. Papa&mama banyak ajar cik nely nilai kehidupan berdikari.. Nak sesuatu haruslah usaha sendiri.. Sejak arwah papa pergi pada tahun 2006.. Waktu itu cik nely tingkatan 3.. Cik nely menangis dan rasa sangat kehilangan seorang papa yang banyak besabar tentang cik nely.. Cik nely dapat meneruskan kehidupan setelah hampir seminggu mencari diri sendiri.. Alhamdulilah waktu itu perasaan kehilangan itu tak begitu banyak impak kepada diri.. Cik nely memang tak banyak kawan waktu sekolah boleh dikira dengan jari.. Cik nely banyak menghabiskan duduk dirumah saja.. Cik nely bermula bercinta monyet form5 iaitu arwah wan.. Tapi tak lama kita  orang buat keputusan untuk menjadi kawan.. Setelah habis SPM cik nely teruskan belajar di IPB.. Dan habiskan belajar sampai dapat segulung diploma.. Alhamdulilah walaupun tak belajar tinggi sampai menara gading, cik nely bersyukur sebab bagi cik nely walaupun diploma kita boleh juga memulakan kehidupan walaupun dari bawah.. Selepas graduate cik nely keje di salah sebuah retail selama 3 tahun dan sekarang cik nely bertukar kerja dan kerja  syarikat retail jugak.. 
Cik nely berjumpa secara tak sengaja dengan arwah wan di pizza hut maluri.. Waktu itu actually teman sepupu nak jmpe kawan arwah.. Dari situ kami berkawan semula walaupun sebelum nie tak rapat.. Setelah hampir 6 tahun dapat jumpa balik.. Then kami sesuaikan diri selama sebulan dan arwah just ask me "awak nak jadi sebahagian dari hidup saya tak"?? Cik nely terdiam dan cik nely mintak beri masa selama hampir seminggu dan pada masa yang sama cik nely buat solat hajat & puasa supaya dapat petunjuk, alhamdulilah dalam masa tempoh yang diberi cik nely nampak dia tenang dan waktu itu cik nely hati berbelah bagi takut ditinggalkan tuk kali ke-2.. Alhamdulilah cik nely bagi jawapan YES" dan dia jawab "alhamdulilah" dan syarat cik nely kepada dia.. Cik nely tak anggap dia boyfrend tapi cik nely anggap dia seorang "bakal Suami" dan cik nely cakap cik nely tak nak kawan lama lama dan cik nely bagi dia tempoh 2 tahun.. Alhamdulilah disahut cabaran tue.. Sejak permulaan hubungan itu, cik nely nampak kematangan dia dan bersungguh sungguh dia banyak beri nasihat dan bimbing dalam segi solat... Cik nely bersyukur sesangat.. Dan kami dah mula buat persiapan sikit sikit.. Cik nely dah booking package pertunangan kami.. Dan dia selalu tak pernah cakap "insyaallah sayang kalau rezeki kita tak kemana mana".. Dan dia tak pernah "cakap tak boleh ini tak boleh itu".. Itulah diri dia.. Tapi sayang percintaan kami hanya bertahan 147hari sahaja, arwah pergi tinggalkan cik nely selama lamanya .. Cik nely tak pernah menyanyangi lelaki selain papa dan abang abang cik nely, dia cinta pertama dan lelaki yang pertama.. Cik nely baru nak rasa kebahagiaan sesebuah perhubungan tapi..itulah kuasa tuhan, kita hanya merancang tapi dia telah menentukan..
Sekarang cik nely meneruskan kehidupan semula dengan sendiri.. Walaupun sekeliling cik nely ada dibelakang cik nely, cik nely bersyukur sesangat..
Cik nely cuba untuk melupakan segala galanya, alhamdulilah cik nely dapat biler ada seseorang cuba sesama bantu cik nely untuk lupakan dia, bukan lupakan segala galanya tapi lupakan kesedihan yang cik nely tempuhi, bila kita berkawan semestinya lah mengaharapkan sesuatu hubungan itu ke arah kebaikan..
Cik nely cuma hanya berdoa agar cik nely tak dianiaya tak difitnah tak dicerca tak di hina dan tak dikecewakan..
Sesungguhnya menjadi wanita yang dihormati dan terhormat susah untuk dilakukan.. Kita cuba sentiasa memperbaiki diri sendiri supaya kita tak tersalah arah dan tersilap langkah. Sesungguhnya kenangan dan kesilapan mematangkan diri kita..

Luahan dari hati 
Neliesuliza
Selasa, 8.10pm
                  
                
              

Sunday, October 13, 2013

Luahan hati...

Assalammualaikum...
Hai blogger, selamat tengah hari..
Hari ini mesti ada program masing masing kan?? Ade yang pergi kenduri kahwin laaa.. Ade pergi birthday party laa dan mesti ada yang pergi dating!!
Bencilaaa cik nely lama tak berdating dating..
Sedihnyer rindu nak tengok wayang, kuar pergi makan laaa.. Pergi taman laaa haish mcm tak biasa yang selalu orang ngadate!
 Cik nely nak cerita...
Cik nely tak tahu laaa.. Sejak arwah pergi tinggalkan nely dan bila ada seseorang yang ambik berat tntg kite.. Kita rasa mcm dia saja, cik nely senang berkawan ngan dia.. Dia selalu buat cik nely ketawa.. Memang betul niat dia tue hanya nak tolong nely.. Tapi cara dia layan cik nely bukan seperti kawan tapi macm kekasih tapi itu bg cik nely tapi cik nely tak tahu lah dia pula rasa mcm ini, kita orang selalu keluar pergi makan cuma beberapa hari ini dah seminggu kami tak keluar dan jumaat baru baru ini baru kami keluar.. Cik nely suka dia sebab dia nampak matured dr umo dia.. Tapi cik nely sedih.. Cik nely ditemukan sebagai teman tapi mesra.. Saja dia dah berpunyer.. Salah cik nely jugak spe suruh layan dia kan?? Kan dah jatuh hati.. So cik nely kena tanggung sendiri laa.. Cik nely redha andai cik nely nie dihina, dimarah dan segala galanya dr kekasih hati dia or masyrakat sekeliling..
Cik nely cuba untuk menjauhkan diri.. Tapi tak boleh sebab cik nely dah sayang dia sesangat mungkin arwah bagi pengganti dia tapi itulah cik nely tak boleh rampas dr sesiapa bukan cara cik nely cuba korang bayangkan kalau korang kat tempat kekasih hati dia.. Mesti sakit kan.. 
Insyallah awak..
Saya tak rampas awak dari dia..
Andai kita dijodohkan tak kemana kan??
Saya bersyukur sebab saya diberi kesempatan untuk berkawan dengan awak.. Awak banyak bimbing saya dari segi solat.. Dan segala galanya..Saya suka awak dan sayang awak!! 

Atas nama cinta

Aku wanita yang punya cinta di hati.
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku.
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki.
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta.

Reff :

Mengapa yang lain bisa.
Mendua dengan mudahnya.
Namun kita terbelenggu.
Dalam ikatan tanpa cinta.

Atas nama cinta.
Hati ini tak mungkin terbagi.
Sampai nanti bila aku mati.
Cinta ini hanya untuk engkau.

Atas nama cinta.
Kurelakan jalanku merana.
Asal engkau akhirnya denganku.
Kubersumpah atas nama cinta.

Repeat Reff

Atas nama cinta….


Biarlah Rahsia ...

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan 
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Chorus

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Bridge
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Ulang chorus

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Saturday, October 12, 2013

Lost Of Tambun


Assalammualaikum...
Hai semua..
Ha.. Cik nely baru nak updated nie
Nak cerita nie.. Last week cik nely pergi tambun.. Best giler.. Hilang segala galanya masalah yg ada dikepala nie.. 

Sunday, September 8, 2013

Anak buah baru..

Assalammualaikum..
Last entry hari ini, itulah kan siapa suruh tangguh tangguh kan kerjA.. Hahaha
Cik nely dapat anak buah baru.. Nama belum diketahui tapi dia dilahirkan last syawal dan baby boy ini layak
Dapat duit raya.. Dan kami berkobar kobar nak bagi duit raya kat baby boy ini..




Last raya Maintenance Department


Assalammualaikum.. 
Sorry lah cik nely lambat updated pasal jamuan raya kat office laa.. Kat atas nie ada beberapa gambar yang sempat cik nely ambik, best giler waktu tu ade kambing bakar, nasi goreng dan yang paling best ade durian musang King.. Pergh!!! Menangis menangis nak makan.. Hahahaha..






Pergi kenduri bersama Kak Lang


Assalammualaikum..
Hai blogger
Just nak share gambar pergi kenduri tunang kawan kak lang.. Best dapat makan makanan ala ala kampung..

Mak bagi telekung..


Assalammualaikum..
Hai blogger! Korang mesti tengah lepak lepak tak pun tido awal malam
Nie kan.. Sebab ade yang esok nak pergi kerja dan adik adik nak pergi sekolah.. Hari Isnin adalah hari malas sedunia..
Cik nely hari ini pergi umah mak.. Sebab akak niza ajak pergi kenduri tunang kawan dia.. Hehehe best makan makanan ala ala kampung.. Then balik rumah mak lepak dengan mak.. Dan yang paling best cik nely dapat masuk bilik Mr Right! Alhamdulilah dapat jugak terbayang dia di bilik tido Mr Right.. Mr right masih simpan botol air anugerah, kotak jam yang cik nely bagi pun ada lagi, cuma cik nely tak nampak teddy bear dan forero rosye yang cik nely bagi kat Mr right sempena anniversary kita orang yg ke-4.. Cik nely nampak gambar convo dia, banyak barang dia dekat bilik dia yang masih belum disentuh.. Alhamdulilah cik nely dapat sembayang di bilik  dia tadi, sembayang zuhur dan Asar.. 

D... Mak bagi telekung, mak cakap telekung tue D yang belikan untuk mak dari bandung.. Mak bagi B.. Hihihi b dapat jugak dari D telekung yang di belikan.. Walaupun niat untuk mak tapi bagi B Tetap dari D.. 
Insyaallah B akan jaga dengan baik.. 

Yang selalu mencintaimu
Neliesuliza@Mrs Azuan 

Friday, September 6, 2013

40 Hari awak tinggalkn saya..

Assalammualaikum..... 
Hari berganti hari.. Kejap sahaja 40 hari Mr Right pergi meninggalkan semua.. Terasa memang terasa.. Menangis tetap menangis.. Saban hari manunggu kepulanganyer, panggilan dari dia dan text dari dia.. Hanya kesabaran diperlukan.. 

Semoga awak bahagia disana sayang.. Insyaallah kita jumpa kat syurga kita..


Thursday, September 5, 2013

Happy Anniversary sayang..

Assalammualaikum..
Sayang... Hari ini anniversary kita yg ke-6.. "Alhamdulilah... Walaupun banyak dugaan yang kita tempuh.. Kita boleh harungi bersama sama"- Mr Right

Itulah kata kata yang pertama sekali Mr.Right akan cakap.. Kita orang selalu belajar dari kesilapan.. Untuk menjadi yang lebih matang.. 

D... Kalau D ada lagi.. Mesti kita dah raikan bersama sama.. Banyak dah kita merancang tapi...
D..B keseorangan disini.. Tiada tempat nak bercerita.. Tiada tempat nak menangis.. Selalu b akan nangis dibahu D.. D b pernah cakap kan perkara yang b takut adalah b takut kehilangan D.. Dan D berjanji b takkan tinggalkan B.. D.. B sangat merindui D disini.. B takut sangat tak dapat jumpa D disana.. Sebab kita tak sempat disatukan.. D.........
Airmata ini selalu jatuh kalau teringat sewaktu kita bersama sama.. N hanya luahkan disini saja D.. B tiada siapa D.. D yang selalu banyak dengar masalah B..
D................................
B rindu D.....
Hanya D sahaja dihati ini
Tiada siapa siapa dihati ini
Kalau d nampak b dengan lelaki lain itu hanya kawan sahaja.. Biasalah kadang kadang dia ingin menghiburkan hati B.. Dan b pun ingin dilayan sebegitu.. Yang selalu D buat kat B... D jangan cemburu taw, d sentiasa dihati B..tiada lelaki lain..

Yang menunggu awak selalu
Neliesuliza@Mr Always Right you..


Wednesday, September 4, 2013

Sayang esok...


Awak esok ulangtahun kita yg ke-6
Walaupun awak tak de dalam dunia ini tapi saya tetap nak sambut.. Awak saya sangat sangat rindu awak.. Sekejap masa berlalu awak pergi tinggalkan saya.. Kata kata awak saya tak pernah nampak yg awak nak tinggalkan saya.. Saya tahu saya banyak dosa..dengan awak.. Dapatkah kita jumpa semula awak.?? Saya nak jumpa awak.... Awal kenapa 4 bulan jugak awak nak tinggalkan saya?? Kenapa kenapa awak??

Kita suka tengok diorang


Assalammulaikum...
Hai.. Lama dah rasa tak updated sebab cik nely sibuk closing account company.. Huh! Penat hanya tuhan saja tahu..
Ini baru bekesempatan cik nely nak updated.. Tadi cik nely bukak laman web gossip artis.. Tetiba kan cik nely terbuka lah gossip pasal Awal Ashaari&Scha Alyahya.. Idola Mr Right&Mrs Always Right .. Hahaha
Cer tengok gambar diorg bermain salji..








Sunday, September 1, 2013

Congratulations for My Brother Raziman


Assalammualaikum..
Hai blogger hari ini hari ahad bersamaan 1 September 2013..
Alhamdulilah, dalam lingkungan 10.30 minit pagi.. Abg Gman selamat dan disahkan sebagai suami kepada Kak Fazlina dalam ijab&kabul..
Cik nely doakan semoga abg gman dapat membimbing akak baru dengan baik dan sempurna.. Semoga menjadi suami yang soleh dan melindungi isterinya selalu.. Dan akhir kata semoga bahagia hingga ke syurga...

Aminnn

Dulu pernah saya cakap kat awak.. Dan awak berkata, saya tak tahu nak kata apa...cuma saya nak satu je.. Saya nak awak jadi isteri saya...

awk...sekiranya awk tercipta utk sy, sy harap awk terima sy sebagai wanita biasa.. sy x sesempurna mcm srikandi dulu.. penyabar, bijak, cerdik, cantik dan kuat... tp sy akan sedaya upaya menjadi yg terbaik utk awk.. itu janji sy.. namun tiap manusia mmg xkn terlepas dr kesilapan..jd maafkan sy atas segala kurang diri sy..
 
awk..sy ni jenis cepat beralah.. sy x suke gaduh lame2.. sy terseksa.. tp bile sy merajuk tu..sy harap awk pujuk sy ye.. x perlu awk beli sy barang mahal2..cukuplah dgn dakapan dan ciuman di dahi sy..atau kate2 yg penuh lembut dan sopan.. tu pun dah cukup awk..kdg2 perempuan ni mcm dak2 kecil..suke dipujuk..
 
awk..bile sy ngah serabut ngn masalah..awk jgn la marah2 sy atau salahkan sy.. awk tolongla bg pendapat.. tak kesahla ape jenis pendapat pun..bkn ape..itu pun da cukup utk sy sedar bahawa ade gak org yg amik berat ttg sy ni..even masalah tu x setel pun..but as long sy rase lega sikit..sy perlukan sokongan..mcm awk gak..
 
awk.. org pempuan ni mmg suke bcakap.. kami suke expresskan perasaan dr kate2.. contohnye hepi, atau sedih..xpe ye pinjamkan telinga kejap... kami mmg perlukan seseorg utk mendengar luahan hati ni..
 
awk.. kalau awk tgh marah.. cube elakkan dr berkata kasar.. sy sedar sy ade kekurangan.. jd gunekanlah pendekatan utk menegur secara hemah.. sy akn dengar.. explain lah sampai sy faham..sy akn terima dan cube berubah..hati pempuan ni lembut..luar mgkin x nampak tp kesan luke dier makan mase...
 
setelah sy hidup ngn awk...mmg sy ade awk sorg je.. dulu hidup sy ngn keluarga..tp bile awk dtg ambil sy, sy da xde sape da.. jd tlgla jgn abaikan sy.. sy nk hidup ngn awk lame.. if boleh biar kita sampai syurga..

Saturday, August 31, 2013

Terbang ke Surabaya...





Assalammualaikum..
Hai blogger, hari ini jadual cik nely pax.. Nak tahu kenapa..

5.00 a.m cik nely pergi ke LCCT..

12.00 p.m pergi kubur arwah..

3.00 p.m pergi kelas driving..

6.00 p.m pergi open house rumah abg sepupu

9.00 p.m pergi rumah ibu..

See.. Jadual yang sangat teratur kan..
Adik cik nely sorang nie.. Pergi belajar ke surabaya.. Tinggal cik nely sorang kat sini.. Walaupun dia pergi 6 bulan.. Cik nely keseorangan.. Cik nely tak nak ganggu dia yang sedang belajar kat sana.. Kat sape lagi cik nely nak meluahkan perasaan.. Huhuhu
Sedih.. Pun tak hilang lagi...
Cik nely doakan semoga dia dalam keadaan baik disana...

Friday, August 30, 2013

Bila rindu..


Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

*ulang Korus

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi


Cuba teka?? I'm done in my mind

Lirik Lagu Cuba Teka - Tasha Manshahar

Lirik Lagu Cuba Teka - Tasha Manshahar

Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku

Cuba teka?? I'm done in my mind

Lirik Lagu Cuba Teka - Tasha Manshahar

Lirik Lagu Cuba Teka - Tasha Manshahar

Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku

Thursday, August 29, 2013

Saya mimpi awak semalam..

Assalammualaikum...
Hai follower..!!
Alhamdulilah.. Semalam dengan jelas sekali cik nely mimpi, wajah dia sentiasa senyum.. Ada lah cerita yg cik nely tak dapat nak ceritakan..
Cik nely rasa dia dah tenang dan dah ada tempat dia disana, insyaallah doa untuk dia tak akan putus putus.. Siang malam cik nely doakan untuk dia semoga kita dapat bertemu semula disana.. Hingga ke syurga..

Tuesday, August 27, 2013

One your think ...

"Back At One"

It's undeniable... that we should be together...
It's unbelievable how I used to say that I'd fall never
The basis is need to know, if you don't know just how I feel,
Then let me show you now that I'm for real...
If all things in time, time will reveal...
Yeah...

One... you're like a dream come true...
Two... just wanna be with you...
Three... girl it's plain to see... that your the only one for me...
Four... repeat steps one through three...
Five... make you fall in love with me...
If ever I believe my work is done... then I start Back at One (yeah)

So Incredible... the way things work themselves out...
And all emotional, once you know what it's all about babe...
And undesirable... for us to be apart...
Never would of made it very far...
Cause you know that you've got the keys to my heart
Cause...

One... you're like a dream come true
Two... just wanna be with you
Three... girl it's plain to see... that your the only one for me
Four.. .repeat steps one through three
Five... make you fall in love with me
If ever I believe my work is done... then I start Back at One......

Say farewell to the dark of night... I see the coming of the sun...
I feel like a little child... whose life has just begun...
You came and breathed new life
Into this lonely heart of mine...
You threw out the life line... just in the Nick of Time.....

One... you're like a dream come true
Two... just wanna be with you
Three... girl it's plain to see... that your the only one for me... girl and...
Four... repeat steps one through three
Five... make you fall in love with me
If ever I believe my work is done... then I start Back at One.

Monday, August 26, 2013

Takziah kepada keluarga mangsa.. Al-Fatihah

Polis bantuan maut, kereta hempap dua kenderaan lain

KERETA Proton Wira Aeroback yang remuk teruk selepas dihempap kereta Perodua Kancil dipandu oleh Nor Fitri Wahab dalam kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Seorang anggota polis bantuan Bank Negara Malaysia (BNM) maut setelah kereta dipandunya hilang kawalan dan melambung menghempap dua kenderaan lain di Jalan Loke Yew berhampiran pusat beli-belah Viva Homes di sini awal pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 2 pagi itu, tiga penumpang yang menaiki tiga kenderaan terlibat dalam insiden itu turut mengalami kecederaan.

Siasatan mendapati kereta Perodua Kancil dipandu anggota polis bantuan, Nor Fitri Wahab, 23, yang datang dari arah Kajang menghala ke pusat bandar raya tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

Perodua Kancil itu kemudian melambung dan menghempap bahagian hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dipandu seorang wanita yang datang dari arah pusat bandar raya.

Selepas itu, Perodua Kancil tersebut terus melambung dan menghempap pula bahagian hadapan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dinaiki lima sekeluarga yang mengekori Toyota Unser.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, Nor Fitri yang tersepit di tempat duduk mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Seorang rakan lelaki yang menumpang kereta Nor Fitri cedera parah iaitu patah kedua-dua paha. Pemandu Toyota Unser turut mengalami cedera parah di muka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdullah, turut mengalami kecederaan ialah seorang wanita yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback tetapi tidak parah.

Katanya, ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan punca sebenar kejadian masih disiasat. - UTUSAN ONLINE

Sunday, August 25, 2013

Alhamdulilah D..

Assalammualaikum...
Hai blogger, hari ini raya ke berapa yer kita?? Cik nely rasa sekarang semua mood raya lagi kan?? Cik nely semalam buat open house, tak panggil ramai orang pun cuma yang terdekat.. Actually nak citer nieh.. Cik nely pernah cakap dengan mr.right yang tiap tiap tahun cik nely buat open house, dan tahun lepas ke or dua tahun lepas mr.right pernah datang tapi cik nely kerja.. And tahun ini perancangan cik nely nak temukan keluarga mr.right dengan keluarga cik nely ini proses untuk fasa pertama. Semalam family mr.right datang, cik nely tertunggu jugak ingat tak dapat datang semalam..

D..
Alhamdulilah hajat kita berdua sudah terlaksana D.. Ape yang kita rancang alhamdulilah semalam telah belaku.. B happy tengok family D datang dan rasa lega.. Kalau lah D ade mesti lagi best.. B bersyukur sesangat ..


Yang mencintaimu...
Neliesuliza Zainin

Thursday, August 22, 2013

Menangis..

Assalammualaikum...
Hati menangis dan terus menangis... Terasa lagi dia ada lagi disisi..
Kalau waktu macam nie kalau balik lambat... Dia semestinya suruh turun sg.besi.. Kerna dia takot anak dara pulang balik lewat.. Kenapa?? Kenapa ?? Kenapa?? Kenapa??
Susah aku nak lalui semua ini... Teringat ringat dikepala.. Tertunggu tunggu dia .. Kenapa Ya Allah.. Aku yang lalui semua ini... Sampai biler aku harus begini sedangkan hari hari aku bersama sama dia.. Dia satu satunya insan yang sangat sangat ambik berat.. Bagaimana aku nak lalui ujian ini.. Kau yang hanya tahu betapa hati ini hancur dan kosong...

..........,

LIRIK LAGU 
Kerispatih - Mengenangmu
Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Reff:
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Malam D..


Assalammualaikum...
Rasanya, cik nely tak kan behenti menulis tentangnya.. Sebab cik nely rindu sangat dengan Mr. Right cik nely.. Sebab dia adalah bagaikan nyawa cik nely.. Selalunya sebelum tido dia akan manja manja ngan cik nely.. Dia nk dengar suara cik nely dan dia akan bacakan doa tido untuk cik nely.. Tapi now?? Cik nely tak tahan dah rasa dihati ini.. Jiwa meronta ronta bagaikan nak giler.. Sungguh besar cinta yang dia bg kepada cik nely.. Hanya tuhan sahaja tahu..

Cinta kita hingga ke syurga kan sayang...
Dia adalah bakal suami yang sangat sangat memahami ..
Insyaallah kita ke syurga kan sayang...

Tuesday, August 20, 2013

Hati dan perasaan..

Assalammualaikum..
Hari ini 20hb Ogos 2013..
Tidak tahu untuk luahkan kepada siapa,, diriku rasa keseorangan walaupun ada family.. Setiap hari aku cuba untuk menjalani kehidupan seperti biasa tetapi sukar untuk aku lakukan.. Entahalh sampai bila aku boleh jadi macam ini, aku rasa diri aku kosong sesangat.. Tiada sesiapa yang pedulikan aku.. Aku keseorang tiada siapa yang boleh menemaniku setiap saat melainkan dia.. Dia.. mohd Azuan yang aku kenali tiada erti penat dalam kehidupan dia.. Malah dia turut bertanya macam mana perasaan penat tue?, dia satu satu nyer insan yang memahami kehendak aku.. Malah sanggup lakukan apa sahaja, bagaimana aku harus lakukan .. Siapa yang sanggup layan aku kecuali dia.. Siapa yang nak dengar cerita cerita aku selain dia..?? Aku tak larat untuk melayankan perasaan ini lagi, sesungguhnya aku ingin mengikut dia.. Dia berjanji untuk bawak aku hingga ke syurga.. Seharusnya aku ikut dia...
Awak ...
Awak tunggu saya ea...
Saya akan datang jumpa awal disana..
Cinta kita sampai ke syurga kan??
Insyaallah tuhan pasti restui hubungan kita....
Awak jangan risau...
Saya sentiasa dengan awak.. Sebab awak sendiri cakap.. Saya ade dihati awak, dan awak ada dihati saya.. cuma cari je...

Sunday, August 18, 2013

21 Days

Assalammualaikum..
Pejam celik pejam celik.. Hari ini genaplah 3minggu(21hari) Mr Right pergi.. Masa begitu cepat, rasa baru semalam kami berborak, kami berkongsi cerita, bergurau senda.. Dan bermCam macam lagi.. 

D...
B tak tahu nak mengisi masa masa lapang B buat apa, selalunya D yang memenuhi masa masa lapang B sampai tak cukup dan merasakan sekejap sahaja kita berjumpa...
Entahlah, jika ade yang hadir dalam hidup B.. B susah untuk menerima sebab Sampai sekarang B merasakan D ada sahaja, insyaallah D.. B takkan dan tidak pernah lupakan D.. Cinta kita hingga ke syurga sayang...

Yang selalu dan sentiasa merinduimu..
Nelie Al-haya@Mrs Always Right you..

Dia...



Lelaki Ini - Anuar Zain

Lirik/Tajuk Lagu: Lelaki Ini
Penyanyi/Artis: Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Love is Cinta

Mengisahkan ryan dan cinta kawan baik disekolah yang memendam cinta terhadap satu sama lain. Ryan berusaha untuk meluahkan perasaanya tetapi gagal sehinggalah di saat dia mahu berangkat ke Amerika

Cerita ini banyak persamaan dimana kekasih hati dia pergi selamanya dan meninggalkan kekasih hati dia.. Andai diberi kesempatan@peluang seperti ini, tak akan cik nely sia siakan.. Cik nely cuma nak cakap terima kasih sebab sudi singgah dihati cik nelu walaupun perit.. Cinta kita hingga ke syurga..



Hati Menangis....

Assalammualaikum...
Hai :(((
Kawan kawan Sihat?? Cik nely hari ini cuti sebab hari ini hari ahad.. 
Tetiba bangun dan cik nely oN9.. Cik nely nampak ada orang yang lebih menyayangi Mr Right, cik nely tahu dia pernah singgah di hati Mr right.. Cik nely tetiba rase sedih dan cemburu..
Hati menangis tiada siapa tahu.. Betul cakap dia..kita tidak berhak kepada Mr right hanya Allah s.w.t sahaja berhak.. Cik nely menulis entry ini bukan ape.. Cik nely sedih sesangat, perasaan sedang bermain main...

Hanya tuhan sahaja tahu perasaan ini bila berhadapan dengan situasi ini!!

Saturday, August 17, 2013

Mr Right 147days


Jam, cik nely bagi dekat Mr right sempena hari jadi dia yang ke-22


Cik nely request beberapa hari sebelum dia pergi 😅😅😅

Cik nely merajuk dia sempat lagi buat bunga untuk cik nely ❤❤❤

Dan Mr right sempat lagi waktu birthday cik nely dia bawak cik nely pergi broga









3 hari sebelum itu..


Dia.. Mohd Azuan Norazlan

Assalammualaikum
Hai blogger!
Begitu banyak cerita suka duka pahit dan manis sepanjang kami berkenalan.. 147 hari.. Disebalik nombor itu banyak kami lalui dan kami rasai .. Cik nely dan Mr Right dah booking untuk kami tunang pada tahun depan 27hb April 2014.. Tarikh tue bersamaan dengan tarikh lahir dia.. Cik nely dan Mr right memuaskan antara satu sama lain dan masing masing sanggup buat ape sahaja dalam hubungan masing masing.. Sebab kami berkawan sejak kami SPM.. 

Cerita mulanya kami berjumpa
Bermulanya di tasik permaisuri.. Pada hari itu ada program rakan muda dan cik nely baru sahaja join dengan sepupu nely.. Nak pendek kan cerita waktu itu nak hujan dan ada satu singnboard nak jatuh dekat cik nely waktu tue Mr right yg selamat kan cik nely (hero cik nely) tapi perasaan waktu itu WOW! Haha, then selepas program itu kami terlibat program campaign dekat sg.kemesah hulu kelang.. Mr right ada jugak sekali.. Tapi cik nely memang tak tegur laa.. Banyak jugak kenangan kat situ.. Dan bila nak balik kezens cik nely mengusik laa.. Suruh amik gambar bersama..wow happy giler tapi tak ade pun perasaan kat dia kat situ actually minat kawan dia lagi satu.. 😊😄 then selang beberapa hari cik nely balik dari sekolah dapat mesej no yang tak kenali, wah ayat dia memang best laa.. Mula mula text tanye nak join rakan muda mcm mana laa..  Then cik nely macam pelik taw, cik nely terus contact kezens cik nely tanye sape nie dan rupanya dia complot dulu dengan kezens cik nely... Haha.. Lepas tu ape lagi ligat lah mesej, nampak tak usaha dia yang sangat gatal! Selang beberapa hari jugak Mr right ajak couple.. Sangat manis  ayat dia.. Mr right cinta pertama cik nely dan kami sempat lah bersama sama beberapa bulan dan Mr Right pergi dengan izin.. 

Selepas itu cik nely bawak jumpa keluarga besar cik nely, Alhamdulilah Mr right boleh terima dan boleh sekepala la dengan abg abg nely.. Bersyukur sesangat semua menerima Mr right.. Dan cik nely bincang dengan mama cik nely yang cik nely nak bertunang dan mama nely setuju.. Ada satu hari itu kita orang pergi festival pengantin.. Haha.. Excited giler Mr. Right..

 
Mr right tulis dengan perasaan yg gembira sesangat..
 
Selepas itu banyak lah kita orang bincang sikit sikit..tapi tak dewlah terlalu serius.. And then pada 20hb July 2013 Mr Right bawak berbuka puasa bersama Mak&ayah kat Hotel Royal Bintang 😊😄
Hurm, perasaan waktu itu memang takut sesangat sebab Mak sangat garang Mr right cakap! Then jalan jalan dekat the curve tue, tapi banyak borak dengan Ayah.. Ayah best! Mr right sangat lega katanya selepas Cik Nely jumpa mak n ayah.. 

Alhamdulilah 147 hari banyak sangat kenangan yang tersimpan dalam fikiran nie.. Sehinggalah pada pagi 29hb July 2013 (9 hari selepas berbuka puasa dengan Mak&ayah) Mr right pergi untuk selama lamanya.. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ini dan sampai sekarang masih terasa dia bersama sama cik nely... Alhamdulilah 3 hari sebelum itu banyak masa dia spend dengan cik nely, itu dikatakan jodoh& ajal maut ditangan tuhan.. Cik nely redha dengan permergian dan dia dia berjanji nak bawak cinta kami ke syurga..


Alhamdulilah dia sangat bahagia bersama sama cik nely dan cik nely percaya dia tunggu cik nely disana.. Hanya doa yang dapat cik nely utuskan dan semaikan cinta cik nely kepada dia.. 

D.. Insyallah Doa B untuk D tak pernah B lupa, itu sahaja bukti cinta B kat D.. D tunggu b disana insyaallah b ingat pesan pesan D.. Hanya D dihati B tiada lelaki lain, pintu hati B tertutup untuk semua lelaki kecuali mohd azuan norazlan..


Yang Amat merindui selalu ..
Neliesuliza@Mrs Always Right U!