Monday, September 29, 2014

Diri ini yang begitu kerdil..,

Assalammualaikum...

Hai korang. Hari ini hari isnin 29/9 kejap je masa berlalu semalam seharian berjalan dengan abg cik nely pergi midvalley.. Lama tak pergi tetiba teringat arwah cakap "eh dalam banyak banyak tempat dating, midvalley je tempat yang kita belum pergi "

Bila teringat kata kata dia hanya mampu tersenyum...

Cik Nely tulis entry pepagi ini bukan apa, entah tetiba rasa nak tulis...


Cik nely bukan apa, ramai yang suka untuk share masalah masalah diorg kepada cik nely.. Diorg kata cik nely pendengar yang baik, cik nely bukan apa cik nely just buat apa yang termampu yelah orang ada masalah takkan kita nak ignore, cik nely bersyukur cik diberi kesempatan itu untuk membantu kawan kawan cik nely..


Semalam cik nely sebelum tido menangis terkenang naseb asyik dimainkan oleh lelaki diluar sana, entahlh sekarang memang tak de pun sikit pun perasaan terhadap lelaki malah benci seluas luasnya, actually dah bosan dengan lelaki yang suka menipu dan hanya nak kita untuk kesenangan ...

Mungkin tuhan dah sedarkan diri cik nely dari orang orang yang munafik ini !

Beberapa hari ini dah 4-5 hari cik nely asyik mimpi orang yang sama setiap mimpi itu macam ada maksud tersirat, cik nely tak boleh nak cerita sebab macam ada kaitan dengan cik nely, cik nely ada jugak kongsi ngan member member diorang kata mungkin ada orang rindu cik nely.. Bila semalam sebelum tido dah niat jika aku terjaga lagi 1/3 malam cik nely nak buat sembayang tahajjud , mungkin Allah s.w.t suruh cik nely dekatkan diri padanya dan sujud kepadanya yelah mungkin banyak disa dosa didunia ini yang belum cik nely taubat!

Hati yang kecil ...
NL

Saturday, September 20, 2014

Mohd Azuan Norazlan


Assalammualaikum...
Sebelum cik nely pergi ke kubur arwah papa cik nely, cik nely singgah dulu pusara arwah Mohd Azuan...
Rasa rindu terdetik bila semalam banyak bercerita tentang dia dengan kawan kawan dia, walaupun masa sudah setahun berlalu tapi cik nely rasa jugak dia masih ada..
Banyak kawan dia cerita yang benda nely tidak tahu tentang dia...

Awak saya pun sempat bercerita dengan awak walaupun awak tiada dah, still benda yang sama saya lakukan setelah baca yassin saya akan cerita apa yg berlaku kepada saya 
Sedih, suka dan duka saya keseorangan menjalani kehidupan seperti  orang biasa..
Still saya fikir dan merasakan andai awak ada pasti kita telah disatukan
Mungkin sekarang saya tengah tunggu awak balik dari kerja yelah awak kan kerja separuh hari pada hari sabtu..

Dihati Tetap Merindui 
NL

Hari Ini ...


Assalammualaikum.. 
Bangun pagi yang sejuk.. Tetiba bangun selepas minum pagi hati terdetik ingin menziarah puasara papa...
Lama tidak pergi dan hari ini pada pagi ini langsung terus pergi ..

Bercerita dengan papa seakan beliau ada depan mata, menangis walaupun bukan dibahunya tapi rasa jugak dia ada disebelah, tak sempat diri ini untuk balas segala kebaikan beliau yang telah membesarkan cik nely sehingga nafas terakhir diaa

Papa ..
Manja terlalu sayangkan papa, manja nak rasa kehidupan mcm org lain yang lengkap manja tetap bsyukur mama masih ada tapi kalau ada papa mungkin hidup manja bahagia..
Manja dapat rasa walaupun papa dah pergi tapi papa nampak kehidupan kami disini, mana yang tak elok atas kami lakukan mesti papa sedih..

Mama pun ada ckp pagi tadi klu dh semua anak anak kahwin tinggallah kita berdua mcm mak cik depan tue


 Di Hati Tetap Merindu
NL

Tuesday, September 16, 2014

16 September


Assalammualaikumm...
Hai korang, lama dah tak entry disini, bukan lupa bukan tak de masa bukan apa, cuma lama tiada yang nak story, okey mulai hari ini, cik nely akan mulakan disini, nak buat diary dihati !

Tiada apa pun nak cerita, sebab kehidupan cik nely seperti orang biasa yang menjalani pergi kerja balik kerja bangun lagi tido petang bangun makan siang dan malam !

Hari Ini Hari Malaysia! 
Sesungguhnya cik nely bangga menjadi rakyat malaysiaa !



Bersemangat dengan baju malaysia! Bukan apa support kelab 27captain legacy! Bukan kita siapa lagi kan!




Sunday, March 16, 2014

Bila hati saya nak berbicara ...



Repvblik - Tiada Guna Lagi
Tiada guna lagi mengharapmu untuk kumiliki
Takkan ada lagi kesempatanku 'tuk kembali
Gemuruh cintaku segenggam maafku
Takkan mungkin bisa menggantikan salahku

*
Bagaimana lagi bila itu yang harus terjadi
Dengan besar hati kan ku terima semua ini
Kau buat diriku terbunuh cintamu
Apalah dayaku ini memang salahku

Reff:
Oh akankah terulang kembali
Masa-masa kita yang dulu ada
Ooh ku akui memang ku salah
Tak berada di dekatmu di saat kau rindu

Ooh ku akui memang ku salah
Tak berada di dekatmu di saat kau rindu

Friday, February 14, 2014

Masih mencintainya

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya


Hati berbisik
Jumaat, 11:45 p.m

Sunday, February 9, 2014

Kehidupan ...

Ahad, 8 Feb 2014
Kuala Lumpur, 
Kehidupan kita yang berbagai corak yang begitu banyak warna warni suka duka pahit manis yang kita lalui..
Kehidupan kita kekadang diatas dan kekadang kita dibawah bila kita diatas kita begitu senang dan apabila kita dibawah kita rasa begitu sukar menempuhinya..
Kehidupan yang penuh cabaran dari kecik kita dididik memjadi seorang yang akhlak yang bagus dan menjadi orang yang berguna pada masa hadapan..
Kehidupan di alam remaja kita memiliki sifat ingin mencuba bila kawan kawan yang baik sudah tentu benda yang baik kita lakukan dan bila sebaliknya kita pun ikut sahaja walaupun benda itu salah dan dari situlah kehidupan kita bermula..
Kehidupan dewasa adalah kehidupan kita yang sebenar hidupnya sebagai berdikari bagaimana nak teruskan kehidupan mencari rezeki yang halal mencari tempat perlindungan
Kehidupan percintaan semua orang bercinta, bercinta dengan manusia , allah , alam sekita dan sebagainya. Cinta manusia adalah fitrah semua orang akan rasai bagaimana coraknya dia yang menentukan. Cinta yang mengajar erti saling melengkapi antara satu sama lain yang mengajar kita sebelum masuk ke alam rumahtangga.. Dari situ lah kita tahu serasi atau tidak dengan pasangan kita.
Kehidupan rumahtangga apabila berjanji sehidup dan semati iaitu wali mengizikan kita membina sebuah masjid yang bersaksi dua ahli keluarga sendiri.. Indah hidup bila kita lalui alam perkahwinan, bila sesama ingin bahagia antara satu sama lain dan bila kita diberi rezeki dikurniakan anak yang dari hubungan yang halal masyaallah sungguh bahagia tak terkata ! 
Kehidupan kekadang kita bahagia tapi saat kita tidak mampu untuk harungi dan ini adalah jalan yang terakhir setelah kita minta pandagan sekeliling adalah bercerai, setelah bertahun tahun kita menjalani hidup bersama tapi itulah kita jodoh kita sampai disitu sahaja kita hanya merancang dia yang menentukan...


Itulah sebuah kehidupan yang kita pun tak tahu esok atau lusa kita pula bagaimana.. Kita hanya merancang dia yang menentukan.. 
Jalani lah kehidupan yang baik baik hargai lah sekeliling kita baik manusia jiran atau sebagainya.. Kita tidak tahu benda ini mungkin akan terjadi kepada kita balik tidak kepada kita mungkin adik beradik kita ataupun keluarga or sedara mara kita sendiri ☺️😊

Monday, February 3, 2014

Makan Satay with Team M&E



Hai blogger !
Setiap gambar ada cerita..
Nak cerita.. Banyak cerita..
Best best best pengalaman semalam..
Tak sangka apa yg kita plan menjadi jugak !
Next time boleh lah buat lagi..

Hati kecil berkata ..

Today 3 Febuari 2014
Hai blogger , bulan baru dan masih tahun yang baru..
Entah kenapa tetiba hari ini nak tulis entry disini..
Mungkin tiada siapa yang sentiasa ada disisi..
Dulu ada.. Tapi dia telah pergi untuk selama lamanya..
Selepas itu bila ada seseorang pulak memilih untuk meninggalkan begitu sahaja..
Tuhan tidak menguji seseorang itu jika hamba dia tidak kuat
Beberapa hari hanya selesaikan masalah sekeliling tapi sekeliling tahu ke apa yang kita lalui sekarang..
Masyaaallah masalah orang kita boleh selesaikan tapi masalah kita??
Bukan mudah untuk mencari seorang kawan yang betul betul tahu erti kawan..
Bukan senang untuk mencari cinta yang betul betul tahu nilai cinta itu ...
Jika aku diberi sahabat berilah sahabat yang betul ikhlas menerima kekurangan kita jangan pula mengambil kesempatan keatas kita...
Kecewa hati ini bila sahabat yang selama ini selalu memberi kita kata kata semangat tapi cuba mengambil kesempatan, kita ada maruah dan punya harga diri..
Tapi itulah hanya mampu berdoa untuk dosa dosa diampuni..

Banyak sebenarnya nak cerita tapi tak tahan sebak didada..
Nak luahkan pada siapa..
Hanya disini tempat terpendam..
Mungkin tidak jumpa siapa pendengar yang setia..

Hati yang menangisss..
Neliesuliza