Monday, September 28, 2015

Firts Month Anniversary : 29 September 2015



 First Month
Bermula kira kira dan saling mengingati tarikh ulangtahun perhubungan l dan tarikh lahir. Dua perkara yang wajib kena tahu dan diingati. Kalau tak ingat boleh jadi gaduh. Hahaha
Bagi cik nelly sudah mengingati sudah memadai dari dilupai. Tak kisah nak meraikannya atau tidak sebabnya, kalau diapaksa jadi tak ikhlas untuk meraikannya. Kalau dah sayang tak suruh pun dia dah buat.
Untuk kali ini, cik nelly megharapkan semoga dipermudahkan urusan cik nelly dengan dia, lagi lagi urusan kita dengan ALLAh, kalau kita kejar perhubungan yang baik tapi hubungan kita dengan dia tak baik so rasa tak balance. Kita minta pada dia tapi kita tidak pula ikut suruhannya. Cik nelly tak baik mana pun tapi cuba nak jadi yang terbaik. Bersyukur dia masih melindungi kita.

  Alhamdulilah, dia masih beri insan insan yang baik dan boleh menerima cik nelly seadanya. Rupanya dia dah susun baik untuk cik nelly dengan orang yang tepat. Insyaallah ...


  Semalam, macam biasa cik nelly pergi dating kat titiwangsa. Rasa macam dah tepat rasmi or wajib kena pergi. Tempat dia pun best, rasa tenang bagi cik nelly. Semalam Superbike F adalah cerita pasal next step.
terkesima pun ada dari malam sabtu bincang pasal MARRIED.
  Cik nelly happy dan senang hati bila Superbike F, ada niat yang baik untuk cik nelly. Alhamdulilah, bersyukur dengan dia sebab doa cik nelly dipekenankan.
   Dalam otak cik nelly mestilah banyak benda nak buatkan tapi dalam masa dua tahun macam macam mungkin boleh belaku mengharapkan yang baik baik sahaja. dan akan rasa sekejap bila masa akan pantas berlalu.
   Insyallah tahun depan mungkin adalah Majlis Bertunang ke before less one year counting day to MARRIED. Cik nelly pun lebih memikirkan kehidupan selepas berkahwin. Nak ada rumah sendiri semuanya sendiri. Bila hidup berdua dengan suami dan isteri barulah kita bersungguh sungguh usaha untuk hidup bersama. Memang time itu hanya suami dan isteri sahaja tahu. Bukan tak setuju kalau duduk dengan Mak dan Family mertua. tapi better kita independent, yelah dari kecik dia dah menjaga kita, So kalau dah berkahwin better kita hidup berdikari.
 

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamulaikum...

  28/09/2015, 03.47p.m
Hai korang, Selamat Hari Raya Aidil Adha masih belum terlambat nak bagi wish. Cik nelly macam biasalah tiap tipa tahun sambut dekat rumah nenek cik nelly, Kg Cheras Baru. Jeles yang mana ada kampung.
Tapi bersyukur jugak sebabnya tak sibuk nak hadap jalan jem.
    Raya kat KL, apa yang best. Bagi cik nelly setiap family sambut dengan cara yang sama cuma suasana dan keadaan jewlah berbeza. Bermula lah tahun ini, Mama nelly dah amik tugak nenek nelly untuk siapkan juadah Dipagi Raya, macam rendang dan lain.
   Tahun ini sambut Raya tak macam dulu dulu sebabnya semua pak cik dan mak cik balik kampung masing masing. So rasa kemerianya kurang sedikit.


 

Thursday, September 17, 2015

EMPAT HARI away to KEMAMAN, PAHANG

Assalamualaikum..

  Selamat Pagi Blogger,
    Hari ini pepagi hujan membasahi bumi, sesedar pada pukul 3 pagi, bertuahnya cik nelly boleh terjaga 1/3 malam, tapi mampukah cik nelly bertahajud diwaktu itu. Maka rugilah jika kita tidak dapat melaksanakan.
Sesungguhnya wajib pun tidak mampu tapi berusaha untuk melakasankan.
   Pepagi, Huh! malasnya nak bekerja hari ini, sebabnya esok cik nelly dah pergi kemaman. Banyak kerja yang tak wajib nak kena buat. Tapi sifat malas membuak buak dia dalam diri. Mama pernah pesan jangan malas, nanti bila time gaji mesti rasa tak cukup, sebabnya kita buat kerja dengan keadaan tidak ikhlas.

Mama OH Mama,
  Kerisauan dia tinggi, nak drive pergi kemaman. Mula mula tidak bersetuju tapi pujuk punya pujuk
akhirnya dia kalah jugak dengan anak bongsu dia ^_^.
   Malam ini, mesti dia dah buat senarai dan peringatan sepanjang kat sana. Itulah mama yang sering anggap cik nelly macam umur 12 tahun.
   


   Empat Hari, Sememangnya masa macam sekejap mungkin rasa lama. Nanti rindu SUPERBIKE F, belum pergi dia macam tak bagi, yelah hujung minggu selalu mesti spend time, tetapi minggu ini tak dapat. Biasalah mula mula bercinta cinta memang begini. ^_^
    Malam ini quality time, masa untuk berdua. Semalam tetiba SUPERBIKE F didepan rumah ! Bawak ikan terubok masin. Waktu itu cik nelly dah terlelap dah tetiba dapat call. Dating depan rumah, macam sweet je.
Bila semalam nervous first time buat AIR untuk SUPERBIKE F!. Mengelabah sudah semestinya, tapi wat lek wat peace. Hello kemon lah cik nelly okey, Of course terrer. HAHAHAHA
    Tulis entry ini pun dah rasa rindu, entah kenapa sekarang memang tak boleh berengang rasanya dengan SUPERBIKE F.Hopefully rasa ini sampai bila-bila. Aminn
 

RINDU.. kurniannya ALLAH.

Dear SUPERBIKE F, 
    Saya tak ada untuk EMPAT HARI Saya ada sentiasa dengan awak.
Itu dalam hati Awak.

  • Jaga diri,jaga iman, jaga solat
  • Jangan pandang dengan perempuan lain
  • Jangan mengatal dengan perempuan lain

  Walaupun tak lama, walaupun saya bukan pergi Overseass! saya nak pesan dan nak bagi tahu je...
Kerisauan saya sangat tinggi dengan awak, terutama pasal hati..
Saya tak mintak tapi saya takut awak berubah hati ..


jumpa nanti malam SUPERBIKE F ...

Monday, September 14, 2015

Angan Angan Dan Berangan Mungkin Boleh Jadi Kenyataan ^_^




Assalammualaikum..
  Hai Korang!!, tetiba nak entry tengahari ini. Of courselah exciteed bak Hang!.
Semalam cik nelly keluar sekejap dengan SUPERBIKE F! sebab minggu lepas kita orang tak spend masa untuk berdua sahaja!. And then cik nelly decide lah malam semalam (AHAD). 
  Selepas pickup SUPERBUIKE F kat rumah dia, macam biasa SUPERBIKE F nak bawak kereta, tak bagi chan langsung kita nak bawak! setiap kali keluar mesti tak tahu nak pergi mana, SUPERBIKE F ajak tengok wayang, tapi cik nelly tak rasa nak tengok wayang pun. And then dia bawak cik  nelly pergi TITIWANGSA!
   Sebenar benarnya cik nelly lebih suka spend time berdua dengan bercerita, cerita sahaja apa yang nak cerita, walaupun cerita itu dah BASI, hehehe. Cik nelly tak kisah pun kalau nak cerita benda yang lepas, tapi sebenarnya tak elokkan, kalau benda itu best or yang tak boleh lupa, should be okey je,
   Kita orang jalan lah kat TITIWANGSA, tapi separuh sahaja boleh tercabut kaki kalau jalan satu taman.
Cerita punya cerita sehingga pukul 11mlm, SUPERBIKE F memang ada HABIT suka komen siapa yang lalu didepan mata dia, Cik Nelly pun tak faham!!.Mulut macam perempuan ada sahaja yang nak cakap! Cik nelly hanya mampu diam dan gelak.
  Sebelum itu, means sebelum sampai kat TITIWANGSA, SUPERBIKE F tanya cik nelly pakai cincin saiz apa?? Terkejut pun ada, sebab belum pernah lagi ada someone yang tanya pasal size cincin cik nelly. Arwah Azuan pun tak pernah. Cik Nelly malu, yelah takkan terus cakap NAK! hahaha, it is GELOJOH okey SUPERBIKE F.
   Kalau SUPERBIKE F nak tahu siza maybe SIZE 5, tapi kita nak cincin macam kat gambar atas tuh.
 hehehe. Tapi tak kisah pun nak bagi cincin apa, janji ikhlas, tapi cuma nak tahu cincin itu sebenarnya untuk apa? PROPOSE? or JUST TANDA yang cik nelly milik SUPERBIKE F.


Dear SUPERBIKE F ...
   Untuk story kita, boleh tak make it suprise and make idea to propose ME ? ^-^
tapi jangan bagi tahu saya?? Saya tahu SUPERBIKE F mesti boleh



Tuesday, September 8, 2015

KEHIDUPAN YANG MASIH BERJALAN ...

Assalammualaikum...

Hii Korang! ^_^

  Sudah lama cik nelly tak tulis entry kat sini, tak berhabuk pun, masih ada lagi, cuma sibuk dengan kehidupan kehidupan.
Alhamdulilah, masih bernafas sehingga ke hari ini, Cik Nelly seperti biasa masih berkerja lagi di Aeon. Co. (M) Bhd. Tak terfikir lagi nak tukar buat masa ini. Selain itu kawan masih ada lagi disisi, biasalah lah bila time perlu ada lah disekeliling cik nelly, bila tak ada berterabur lari tak cukup tanah.

   Dipetang macam ini, cik nelly tak tahu kenapa nak entry blog kat sini, mungkin penat dengan masyarakat disekeliling, sekarang rasa fobia nak kawan dan memilih kawan. Bukan apa, takut yang didepan lain tapi dibelakang dia manusia yang paling TERINDAH!. Kekadang terpikir jugak apa yang cik nelly dah buat dekat sekeliling sampai cik nelly dapat macam ini. itsn't FAIR TO ME!

    TERDIAM! itu sahaja yang cik nelly mampu, banyak muhasabah diri yelah kita ni kan manusia alpa, kesalahan sendri kekadang kita tak nampak, tapi kesalahan orang lain kita cepat je.

ONEmorething..

Alhamdulilah, I HAVE SOMEONE maybe boleh lah berkongsi cerita. Actually cik nelly takut sebenarnya. sebab SUPERBIKE F is seorang yang GARANG(temperature is very HIGHIEST) tapi dalam hati cik nelly tahu dia seorang yang baik.

30/08/2015 itulah permulaan kami, Harap Superbike F yang terakhir.

 Sebagai permulaan cik nelly just ikut the flow, Itulah orang tua tua yang dah pesan, orang yang kita tak suka tuelah kita akan dapat.
Actually bukan tak suka SUPERBIKE F, maybe sebab sekeliling suka bercerita buruk so, sikit sebanyak ketidaksukaan SUPERBIKE F makin lama makin tinggi.

Semakin hari Semakin YAKIN, Betullah orang cakap nak bahagia kena terimalah seadanya seseorang itu, lagi lagi kekurangan si dia,


      Dear Superbike F,
I know, niat awak dari mula sangat baik untuk saya, begitu kerdil selama dua tahun bila tahu awak suka saya, walaupun awak tahu dulu yang saya suka awak. Saya harap awak yang terakhir untuk saya, saya doakan semoga kita cepat cepat dihalalkan. Awak pun berusaha jugak!
Saya harap awak dapat bimbing saya sehingga akhir hayat kita.
Saya tak minta lebih hanya kasih sayang dan sepenuh perhatian untuk saya.