Wednesday, November 27, 2013

Today 27 november 2013

Entah dari mana hendak mulakan bicara ini...
Meluahkan sesuatu yang tak lepas..
Kehidupan dulu dan sekarang sangat berbeza..
Seumpama tiada ruang untuk merancang hanya ikut kata hati dan tubuh badan..
Cerita pasal hati..
Hati ini tak tahu nak cakap apa, nak sesuatu tapi tak tahu nak apa !
Masa depan seumpama gelap dah,
Bila sudah rancang tak menjadi pulak,,
Apa yang aku hendak dalam kehidupan aku ?? Bila tengok orang lain bahagia je dan aku ini menderita..
Aku bukan lah bak cerita pasal cinta...
Tapi aku nak cerita pasal kehidupan aku..
Kuar gelap balik pun gelap.. Sabtu ahad hanya duduk rumah sahaja.. Aku seumpama tiada kawan didunia ini, kenapa aku begini?? Kenapa aku tak mcm keluarga lain..
Bila kita sudah merancang sesuatu tapi tak menjadi.. Hati sangat down dan dunia seakan gelap dah tiada semangat dan mcm mcm laa.. Hati siapa yang tahu
Semua orang tak boleh baca hati seseorang itu...

Sunday, November 24, 2013

Assalammualikum...


Wanita... Bukan senang untuk menjadi wanita...
Bila kita dibenci.. Bila kita dianaiya.. Bila seseorang mendoakan yang tak baik tuk kita.. Apa yang awak rasa?? Sesungguhnya rasa diri ini kecil dan hina sekali..perasaan macam macam ada.. 
Mama pernah pesan, biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang dan biarlah orang doakan kita yang buruk, jangan kita dioakan dia buruk malah kita doakan yang baik baik untuk dia..mungkin dia tengah marah, orang tengah marah macam macam perasaan ...
Tuhan menguji sebab dia sayang kan kita..
Bila kita diterima tohmahan.. Masyaallah macam kena satu tamparan yang hebat, malah kata kata itu sentiasa dipikiran .. 
Susah untuk buang, mungkin makan masa ..

"Tggu jer laa nanti. Kalau ade pompuan lain buat kat bf awak macam tuh.. Baru laa awak rasa apa yg saya rasa... Tuhan tuh adil.. Kalau dia aniaya orang lain cepat jer tuhan tuh nak balas"

Bila kita kehilangan seseorang amat perit sekali untuk mulakan hidup.. Harapan yang kita bina selama ini, hancur sekali.. Bila Segala persiapan sudah dibuat walaupun hanya beberapa peratus tapi bila tak jadi.. Bagai dunia gelap, yelah kita yakin dengan dia dijodohkan, dengan dia suami kepada kita, dengan dia imam ketika solat, dengan dia ayah kepada anak anak kita.. Dan dengan dia lah segala galanya......

Dugaaan sentiasa datang kepada kita.. Kita hanya mampu berdoa agar dugaan yang datang tak begitu berat dan semoga kita kuat untuk mengharungi nya...

Hari ini mula lah dengan langkah kanan, mulakan lah hari hari datang dengan baik..
Lupakan lah segala galanya..
Anggaplah ujian dari dia.. Kita ada family yang patut dijaga.. Kita masih ada kawan yang ada..dan ingat tuhan sentiasa ada disisi kita..




Saturday, November 16, 2013

Itulah ceritanya...

Kadang kadang kita minta
Pada allah sesuatu,
Seseorang.. Yang kita rasa "inilah yang terbaik untuk aku..

Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikarah atau istisyarah.. '.. Boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu..'

Mulalah kita sedih, kecewa.. 
Bertanya pada diri,
Bertanya pada allah
'Mengapa?, Mulalah kita rasa tidak yakin 
Pada petunjuknya..
Sabarlah ketentuan allah itu pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa
Bukan itu, mengapa bukan ini..
Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita

Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjuknya. Tidak pernah dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti ❤️

Wednesday, November 6, 2013

100 hari dah dia...


Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah dia 100 hari.. Ya Allah begitu cepat masa berlalu dengan pantas..
Awak... Saya selalu dan sentiasa doakan awak supaya awak tenang disana, walaupun saya tak tahu keadaan disana, saya tahu awak adalah orang yang paling baik yang pernah saya jumpa dan sesungguhnya saya tahu allah tempatkn awak dikalangan orang orang yang beriman.. Awak dah ada tempat disana..
Awak doakanlh kebahagian saya disini, sesungguhnya saya sekarang dapat bangkit semula kerana saya tahu awak telah menghantar seseorang tuk sentiasa memberi saya gembira seperti mana dulu pernah awak lakukan kepada saya, walaupun sebagai kawan atleast saya tidak rasa kosong.. 

Insyaallah saya doakan awak selalu
Aminnnn..

Yang pernah ada dalam sebahagian hidup awak...

Neliesuliza Zainin

Tuesday, November 5, 2013

Jika awak masih ada..

Assalammualikum cinta,,
Itulah ungkapan setiap pagi yang sering dia bagi...
Awak..., jika awak masih ada, hari ini tahun baru islam, dan ulangtahun kita yang ke-8 awak.. Walaupun 8 bulan bukan senang untuk kita lalui.. Kita pun dah kenal hampir 6 tahun.. 
Awak.. Jika awak masih ada kalau cuti kita mesti ada je aktiviti kan?? Tengok wayang laa.. Pergi taman laa.. Pergi karnival laa.. Mcm mcm awak bawak saya pergi sana sini.. 
Awak.. Jika awak masih ada kita mesti dah rancang macam macam kan?? Banyak kita dah rancang kan awak??
Awak.. Jika awak masih ada.. Saya mesti tak sunyi sampai sekarang kan???
Awak.. Jika awak masih ada.. Saya tak de keseorangan kan??
Awak... Jika awak masih ada mesti awak bahagia kan saya kan??
Awak.. Jika awak masih ada mesti awak tak akan sesekali sakitkan hati saya kan??
Awak... Jika awak masih ada mesti awak dah beli air milo 2 kotak tuk saya, supaya saya kuat !
Awak.. Jika awak masih ada mesti kita pergi makan dekat warung! Biasa kita order Nasi Goreng Kampung!
Awak.. Jika awak masih ada mesti sebelum awak hantar balik awak bagi saya makan, tak nak bagi saya lapar kata awak !
Awak.. Jika awak masih ada mesti lepas awak amik saya lepas kerja kita lepak putrajaya 
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti belikan saya Macarons walaupun dekat sogo ada tapi saya cakap tak da!
Awak... Jika awak masih ada mesti kita pergi the curve tengok wayang dan kita makan dekat area Kajang@Bangi
Awak.. Jika awak masih ada mesti awak bawak saya shopping tempat kegemaran saya di 21Forever, Pavillion..
Awak.. Jika awak masih ada mesti awak saya makan kat kedai Mamak lepas saya balik kerja, Menu yang sama roti tampal awak roti kosong@roti bom saya, air suam saya dan Teo Nipis Awak !
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti ajar saya makan SUbway !
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti suka bawak saya pergi Alamanda semata mata nak makan subway tak pun suka shopping kat situ..
Awak jika awak masih ada kalau saya cuti hari sabtu awak mesti bawak saya pergi kerja..
Awak.. Jika awak masih ada awak mesti bagi saya bunga yang awak buat sendiri
Awak.. Jika awak masih ada kita mesti bercerita sampai ke pagi tentang kerja awak laa
Awak.. Jika awak masih ada mesti mesti mesti mesti kitaaaa...