Monday, April 11, 2016

11/04/2016 - Because Monday is Blueess


Assalamulaikum,,

Hai Korang!
Lama kan cik nelly tak updated blog cik nelly. 
Last post pun pasal gambar sahaja, rasa dah lama tak bercerita pasal kehidupan seharian.

Kalau cik nelly nak luahkan pape kat sini sahaja kan. 
Nak cerita ape pun tak tahu sebenarnya.

Cuma lately cik nelly macam rasa kosong, rasa tak de ape ape perasaan, Jiwa tengah kacau kot.
Cik nelly pun kekadang masih tak paham dengan perasaaan sendiri dan rasa macam makan hati selalu.
So, dah bosan dengan semua benda. Cik nelly banyak pilih diam dari memilih bertekak dengan sesiapa pun. Entah betul ke tidak, tak tahu lah orang lain pula nampak macam mana.

Kehidupan seharian cik nelly macam seperti biasa pergi kerja balik kerja, keluar ngan family tak pun dengan tunang cik nelly je. Cik nelly tengah pikir pasal kehidupan cik nelly sebenarnya, nak kehidupan yang macam mana. Bila tengok kehidupan orang lain macam best sahaja, ada sebuah keluarga yang lengkap, ada masa dengan bestfriend yang boleh keluar memane sahaja, pergi shooping la, pergi bercuti laa dan banyak lagi. Ada masa dengan family, kekawan dan someone special yang mana boleh bahagi masa antara satu sama lain.

Mungkin dengan izin allah, cik nelly tahun depan cik nelly jadi isteri orang. Risau?? mestilah, banyak benda cik nelly tak boleh sesuai kekadaan dengan tunang cik nelly, boleh ke tidak ? mampu ke tidak sebenarnya, Sesungguhnya cik nelly takut tak boleh menjadi isteri yang baik, isteri yang boleh memahami suaminya, dan juga bukan seorang bakal menantu yang baik. Cik nelly ni kekadang cakap je pandai tapi itu semua dusta bercakap sebenarnya supaya dapat menyakinkan diri lagi. Cik nelly tak boleh terima kalau seseorang itu janji dengan berkata itu ini tapi sekejap je boleh bertukar janji itu sebenarnya kosong. 

Sakit hati hanya tuhan yang tahu. 
Doakan lah cik nelly yakin pada satu, dan Tuhan tetapkan pendirian cik nelly pada yang satu dan dalam masa yang sama tunjukanlah cik nelly jalan kebenaran.

Makin Hari Makin Banyak Dosa dah nie, Tak nak buat tapi masih lagi nak buat.