Thursday, May 19, 2016

19/05/2016 - Khamis



Assalammulaikum ....


19/05/2016, Khamis, Hari Hari seakan tidak menentu kekadang ianya cerah seperti Matahari yang bersinar dan kekadang pula ianya mendung dan ikuti hujan yang diiringi kesejukkan sepanjang malam.

     Ketika meniti hari hari yang kita tak pasti apa akan terjadinya hari esok esok dan akan akan datang ianya pasti tertanya tanya bagaimana kehidupan kita macam mana.
    Disaat memikirkan kekadang kita tidak terlepas meluka dan melukai. Dimana saat kata kata kita keluar atau perbuatan kita yang hari hari semakin kita tidak sedar. Bila ditanye baru kita perasan dan mengetahuinya.
   Kehidupan Indah tersangat indah bila kita sentiasa positifkan diri kita, Pernah terdengar, kalau ingin difahami kita kena memahami diri kita terlebih dahulu. Menyanyangi diri dahulu baru menyanyi orang lain.
   Saat menunggu hari kita, mungkin kita terlepas pandang, saat tutur kata bagaikan "Celupar" dan kata kata "Kesat" mungkin kita sudah menguriskan hari orang sekeliling tanpa sedar dan tidak sedar. Kata kata bagaikan "Retorik" yang boleh berkesan didalam Hati dan dengan kesan itu ianya bagaikan menelan sesuatu yang tajam dan memakan dirinya.
    Hidup berpasangan tidak best kalau selalu indahnya, bila indah ada dusta dan dihalang perbuatan dan tingkah laku seseorang. Bila pergaduhan berlakunya saat itu diuji kesabaran yang sangat tinggi. Jika cetek iman dan kesabarannya mungkin kita sudah disakiti malah lagi menyakiti. Pesan Sahabat "Iman kekadang berkurang, kekadang bertambah, maka gunakanlah akal", Akal yang cantik dari orangnya bijak mengatasinya mana positif sekira orangnya positif.


NOKTAH!



18 Hari Menjelang Ramadhan

Monday, April 11, 2016

11/04/2016 - Because Monday is Blueess


Assalamulaikum,,

Hai Korang!
Lama kan cik nelly tak updated blog cik nelly. 
Last post pun pasal gambar sahaja, rasa dah lama tak bercerita pasal kehidupan seharian.

Kalau cik nelly nak luahkan pape kat sini sahaja kan. 
Nak cerita ape pun tak tahu sebenarnya.

Cuma lately cik nelly macam rasa kosong, rasa tak de ape ape perasaan, Jiwa tengah kacau kot.
Cik nelly pun kekadang masih tak paham dengan perasaaan sendiri dan rasa macam makan hati selalu.
So, dah bosan dengan semua benda. Cik nelly banyak pilih diam dari memilih bertekak dengan sesiapa pun. Entah betul ke tidak, tak tahu lah orang lain pula nampak macam mana.

Kehidupan seharian cik nelly macam seperti biasa pergi kerja balik kerja, keluar ngan family tak pun dengan tunang cik nelly je. Cik nelly tengah pikir pasal kehidupan cik nelly sebenarnya, nak kehidupan yang macam mana. Bila tengok kehidupan orang lain macam best sahaja, ada sebuah keluarga yang lengkap, ada masa dengan bestfriend yang boleh keluar memane sahaja, pergi shooping la, pergi bercuti laa dan banyak lagi. Ada masa dengan family, kekawan dan someone special yang mana boleh bahagi masa antara satu sama lain.

Mungkin dengan izin allah, cik nelly tahun depan cik nelly jadi isteri orang. Risau?? mestilah, banyak benda cik nelly tak boleh sesuai kekadaan dengan tunang cik nelly, boleh ke tidak ? mampu ke tidak sebenarnya, Sesungguhnya cik nelly takut tak boleh menjadi isteri yang baik, isteri yang boleh memahami suaminya, dan juga bukan seorang bakal menantu yang baik. Cik nelly ni kekadang cakap je pandai tapi itu semua dusta bercakap sebenarnya supaya dapat menyakinkan diri lagi. Cik nelly tak boleh terima kalau seseorang itu janji dengan berkata itu ini tapi sekejap je boleh bertukar janji itu sebenarnya kosong. 

Sakit hati hanya tuhan yang tahu. 
Doakan lah cik nelly yakin pada satu, dan Tuhan tetapkan pendirian cik nelly pada yang satu dan dalam masa yang sama tunjukanlah cik nelly jalan kebenaran.

Makin Hari Makin Banyak Dosa dah nie, Tak nak buat tapi masih lagi nak buat.




Wednesday, March 9, 2016

31012016 : Gambar Pertunangan Neliesuliza & Muhammad Fariq (Part 2)

Part 2