Thursday, November 19, 2015

Perasaaaan !!!

MENJERITTTT!!!!!

Itu yang rasa sekarang.

Apa yang disimpan pun tak tahu, kenapa perasaan kekadang datang dengan secara tiba tiba.
perasaan yang sering tak tahu. Memilih untuk berdiam diri.
Itu yang lebih baik bukan??

Kekadang tak semua benda yang boleh kita kongsi dan tak boleh cerita.
Untuk menjaga jaga perasaan orang sekeliling. Boboy selalu pesan, nak tulis apa apa kat FB or mana mana pikir terlebih dahulu, sebab kalau seseorang tengah pendamkan perasaan tetiba sahaja dia boleh meletup dengan kata kata yang dia pendam selama ini.

Dah besar boleh pikir yang mana baik dan buruk, Umur makin meningkat bukan perangai makin menurun.
Seiringlah dengan umur dan pemikiran supaya orang hormat dan buat kita menjadi contoh.


Hati Oh hati

Beridiam lebih baik ...

Tuesday, November 17, 2015

"Biarkan Manja Menghabiskan Masa dengan Mama" .....


biarkan manja menghabiskan masa dia dengan mama - Along


Assalammualaikum ..

 Semalam adik beradik berkumpul, nak bincang pasal kenduri pertunangan cik nelly pada 31 Januari 2016 tahun depan. Balik kerja macam biasa mandi dan terus makan sementara tunggu adik beradik yang lain datang. Entah kenapa makin dekat kenduri makan macam tiada rasa mungkin rasa berdebar didada.

Abaikan ..

9.30 pm perbincangan pun bermula dari cik nelly sebabnya kenduri cik nelly kan, So cik nelly kena mulakan terlebih dahulu. Mula berbincang pasal bila nak bincang dengan pak cik pak cik. So tarikh dah tetap pada 12/12/2015 (Sabtu).

Selepas itu cerita pasal Majlis Bertunang. Cik nelly bentanglah segala budget dan apa yang cik nelly plan dengan Mama cik nelly.
Bincang punya bincang sampai jam lebih kurang pukul 11 macam itu.

Alhamdulilah selesai.

Tetiba
Kak ipar (kak akma) bersuara pasal percutian family kita orang. So pilih tarikh semua dan setuju 9&10 April 2016. Selepas majlis pertunangan cik nelly. Cik nelly request cameron highland tapi macam tak sesuai sebabnya anak buah cik nelly masih kecik so nak cari tempat yang boleh diorang main sekali.

Ke Melaka lah kita..

Malam tadi semua gelak sakan tetiba Kakak Cik Nelly bersuara
    " Manja tak nak bawak Fariq? "
Cik Nelly cakap tak nak sebabnya tak leh nak mengedik dengan anak buah. Cik Nelly kekadang kan macam budak budak. Hehehe

and then dengan secara natural dan suasana dah riuh semula gelakkan cik nelly. Along nelly pun cakap
           along pun rasa tak yah la "biarkan manja habiskan masa dia dengan mama" 

perasaan ketika itu tetiba cik nelly rasa macam gelap dan tersentuh dari hati, yelah satu hari cik nelly akan kuar dari rumah itu dan akan ikut pergi bersama suami cik nelly. Bila dah berkahwin tak boleh dah macam dulu dulu.
Sehingga sekarang terngiang ngiang kata kata along ...

Disaat kita memulakan kehidupan baru, kita akan merindui masa yang lama - Neliesuliza

2.25p.m


Wednesday, November 4, 2015

2 November 2015 : Merisik atau Dirisik



Today, 04/11/2015 ,

Alhamdulilah,
Mungkin dengan kesabaran selam ini bila kita jalani liku liku kehidupan, perancangan allah itu pasti ada,
Berdoa, Berusaha dan Bertawakal kepadanya.

Nak belanja gambar dulu la ...







Alhamdulilah, Hari isnin yang lepas family Superbike F datang ke rumah.
Datang dengan membawa hajat. First time nak jumpa family superbike F.

HaHaHaHa
OF Course nervesssss

  Cerita dia macam ini, sebelum hari merisik berlaku, kita orang dah deal sebenarnya 10/11/15. Sebab memang ada perancangan nak datang. Tetiba pada 01/11/2015 ( ahad, pagi) Mak Superbike F telefon tanpa diberi pengetahuan terlebih dahula oleh Superbike F yang mana Mak n family nak datang pada esoknya (02/11/2015). Waktu itu cik nelly nak kuar pergi picknik dengan family. 
Dapat lah kejap cakap dengan Maknya sebelum cik nelly pass telefon dekat mama cik nelly.

  Kami pun tergamam jugak dan rasa kelam kabut jadinya. Yelah walaupun datang merisik, kami pun tak pernah macam ini.

So pada hari isnin itu, Cik nelly memang rasa tak keruan, macam mandi tak basah sebaik tido dengan lena.
Hari merisik berlaku cik nelly pukul 8 baru balik dari tempat kerja. Lambat tak lambat lah sebaik ada kak ipar yang buat semua. Sebab memang tak boleh elak sebab "Month Of Closing".
Sesampainya rumah pukul 8.35 pm macam itu. Superbike pun call katanya baru gerak. Janji lepas isyak kan.
Wakil belah cik nelly ialah Pak Usu.

     "Mak Dia dah sampai" !!
Cik Nelly masuk dalam bilik dengan pakaian kerja lagi sebenarnya, memang sesaja nak selekeh (dalam hati cakap mampus kalau mak dia reject sebab selekeh!) First time perlaku macam itu!.
Diorang tengah sembang cik nelly masik duk lilit lagi shawl. HAHAHAHA

Baru je muqadimah, terus kena panggil! ^_^

Duduk belakang pintu dengar diorang bincang!
Dengan muka tak Make Up and tak mandi, dengan selamber keluar sahaja dari bilik CATwalk macam melayu yang terakhir). Selepas salam terus sarung cincin merisik (sempoi, tak tanya cik nelly dulu setuju atau tak) Haishhhh -tapi hati kata cepat sikit masa berlalu...

   Sesudah sarung cincin, bersembang lah pasal melaka, Melaka kan tempat bersejarah, Hahahaha
dan sambung lah perbincangan pada hari pertunangan pulak.

Tak pernah dibuat family lagi  Hari by Hari untuk Merisik dan Bertunang.

Next Hari Pertunangan pada 31/01/2016 (AHAD)

SAve the Date  ^_^


Wednesday, October 21, 2015

Tentang Perasaan Sesebuah Hati ...


21 OKTOBER 2015,




    "Cinta bila hati bertemu hati dan diberi rasa yang kita tidak boleh hidup tanpa seseorang."


"Apabila kita suka seseorang dan kita takut sama ada dia sudah berpunya atau belum atau juga takut cinta kita tidak berbalas, Hanya doa dalam diam diam yang kita boleh harapkan supaya dia milik kita."


"Bersungguh sungguh lah kamu terhadap sesuatu perkara, sebab kita mampu mengapainya sebelum ianya terlambat"


"Perempuan mahupun lelaki, tiada terlepas dari perasaan ini. Perasaan yang boleh membunuh hubungan yang mungkin sekian lama terbina. Malah ianya sering berlaku. CEMBURU walaupun dengan darah daging kita sendiri"

"AJAL & MAUT dan Jodoh semuanya ketentuanya. Kita hanya mampu berdoa apa yang kita mahukan"


Hai Korang!

   Hari ini tetiba tak tahu kenapa nak entry waktu waktu begini, walaupun kerja tengah banyak. Ibarat jika tidak lepaskan pasti akan rasa bermacam macam kita tidak pasti. Lately, terlalu banyak cik nelly rasa dan bermain dengan perasaan. Lately ini jugak hubungan dengan Superbike F suram, ada sahaja yang tak kena. Kekadang benda kecik pun cik nelly terasa dan rasa rasa ini macam tidak adil. Kekadang cik nelly cuba untuk melawan or ignore sahaja dengan perasaan ini. Kalau kita layan semestinya lagi buruk.

   Untuk permulaan perhubungan dan untuk duduk dalam zon yang selesa mungkin perasaan begini sering berlaku. Sebab memasing tengah mengenal antara satu sama lain yang mungkin juga kekadang ada sesetengah perangai or atitude yang kita tak boleh nak terima. Tetapi kita menerima seseorang itu walaupun dia bukan apa yang kita mahu. Bukan dasar atas kasihan atau terpaksa tetapi belajarlah menerima orang itu seadanya dengan hati yang terbuka bukan paksaan.

  Superbike F mungkin terperanjat or tak selesa dengan cik nelly waktu begini. Yelah kekadang bermoody. Cik nelly jenis yang diam. Kekadang memang rasa apa yang dibuat yang kita tak suka. 

Perasaan yang sangat terasa ...

"tidak menjanji yang terbaik tapi cuba jadi yang terbaik"

Tapi kalau kita yakin tapi bukan untuk kita ..



"Kekuatan bila mendatang" ...



"REDHA"


Bila kita letak semuanya pada yang satu ...






Hanya dia yang mampu mengubah segala takdir dan ketentuanya ..


dan janganlah kita lupa ucapkan untuk motivated diri kita balik ...

-END-

Monday, October 19, 2015

JUMAAT : 16 October 2015

Assalammulaikum ...

Hi Korang!!

   Isnin, 19/10/2015: Sejak kebelakang ini, perasaan asyik bermain main, kejap happy kejap sedih kejap perasaan pelik pelik rasa (in a Jepun Day). Biasalah perempuan memang suka begini, sesuka hati dia sahaja nak rasa suka or marah marah. Hopefully si lelaki memahami si perempuannya.

  Cik Nelly seboleh bolehmya tak nak ikutkan sangat perasaan yang macam ini, sebab macam tak bestkan tetiba nak marah. Tapi hakikatnya Cik Nelly memang cepat je temper. Hahaha

Back to topic, Pada hari Jumaat lepas cik nelly balik dari kerja jumpa lah Superbike F, sebabnya dia ajak makan malam dan lagipun esoknya cik nelly nak balik kuantan. Jumpa pun tak lama sebab cik nelly nak rest awal, esoknya nak drive sorang ke kuantan.

    Selepas makan, Cik nelly pun tunggu dalam kereta sementara Superbike F pickup "Mee Kolok" mak dia. Selepas itu memasing dalam kereta dengan tetiba Superbike F tunjuk cincin ^_^, OMG! Speechless, memang tak terkata. Nak nangis tapi tak keluar pun. Cik nelly tak menyangka pun sebabnya Superbike F memang ada cakap pasal cincin tapi buat tak tahu jewlah. Bagi Cik Nelly tak suka cakap tentang janji sebab takut nanti Si dia tak tunaikan dan bila tak dapat jadi frusted gila gila nanti kalau paksa boleh jadi gaduh.

   So,bagi cik nelly nak bagi, bagi sahaja. Tapi dapat pakai sekejap je, tak nampak pun warna apa, katanya emas putih. Waktu itu Superbike F cerita lah itu ini, sehingga sampai rumah dia dan Cincin diberi balik.
Adalah frust kat situ sebenarnya sebab tak faham cincin itu untuk apa,

JUST FORGET IT!!



Monday, September 28, 2015

Firts Month Anniversary : 29 September 2015



 First Month
Bermula kira kira dan saling mengingati tarikh ulangtahun perhubungan l dan tarikh lahir. Dua perkara yang wajib kena tahu dan diingati. Kalau tak ingat boleh jadi gaduh. Hahaha
Bagi cik nelly sudah mengingati sudah memadai dari dilupai. Tak kisah nak meraikannya atau tidak sebabnya, kalau diapaksa jadi tak ikhlas untuk meraikannya. Kalau dah sayang tak suruh pun dia dah buat.
Untuk kali ini, cik nelly megharapkan semoga dipermudahkan urusan cik nelly dengan dia, lagi lagi urusan kita dengan ALLAh, kalau kita kejar perhubungan yang baik tapi hubungan kita dengan dia tak baik so rasa tak balance. Kita minta pada dia tapi kita tidak pula ikut suruhannya. Cik nelly tak baik mana pun tapi cuba nak jadi yang terbaik. Bersyukur dia masih melindungi kita.

  Alhamdulilah, dia masih beri insan insan yang baik dan boleh menerima cik nelly seadanya. Rupanya dia dah susun baik untuk cik nelly dengan orang yang tepat. Insyaallah ...


  Semalam, macam biasa cik nelly pergi dating kat titiwangsa. Rasa macam dah tepat rasmi or wajib kena pergi. Tempat dia pun best, rasa tenang bagi cik nelly. Semalam Superbike F adalah cerita pasal next step.
terkesima pun ada dari malam sabtu bincang pasal MARRIED.
  Cik nelly happy dan senang hati bila Superbike F, ada niat yang baik untuk cik nelly. Alhamdulilah, bersyukur dengan dia sebab doa cik nelly dipekenankan.
   Dalam otak cik nelly mestilah banyak benda nak buatkan tapi dalam masa dua tahun macam macam mungkin boleh belaku mengharapkan yang baik baik sahaja. dan akan rasa sekejap bila masa akan pantas berlalu.
   Insyallah tahun depan mungkin adalah Majlis Bertunang ke before less one year counting day to MARRIED. Cik nelly pun lebih memikirkan kehidupan selepas berkahwin. Nak ada rumah sendiri semuanya sendiri. Bila hidup berdua dengan suami dan isteri barulah kita bersungguh sungguh usaha untuk hidup bersama. Memang time itu hanya suami dan isteri sahaja tahu. Bukan tak setuju kalau duduk dengan Mak dan Family mertua. tapi better kita independent, yelah dari kecik dia dah menjaga kita, So kalau dah berkahwin better kita hidup berdikari.
 

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamulaikum...

  28/09/2015, 03.47p.m
Hai korang, Selamat Hari Raya Aidil Adha masih belum terlambat nak bagi wish. Cik nelly macam biasalah tiap tipa tahun sambut dekat rumah nenek cik nelly, Kg Cheras Baru. Jeles yang mana ada kampung.
Tapi bersyukur jugak sebabnya tak sibuk nak hadap jalan jem.
    Raya kat KL, apa yang best. Bagi cik nelly setiap family sambut dengan cara yang sama cuma suasana dan keadaan jewlah berbeza. Bermula lah tahun ini, Mama nelly dah amik tugak nenek nelly untuk siapkan juadah Dipagi Raya, macam rendang dan lain.
   Tahun ini sambut Raya tak macam dulu dulu sebabnya semua pak cik dan mak cik balik kampung masing masing. So rasa kemerianya kurang sedikit.


 

Thursday, September 17, 2015

EMPAT HARI away to KEMAMAN, PAHANG

Assalamualaikum..

  Selamat Pagi Blogger,
    Hari ini pepagi hujan membasahi bumi, sesedar pada pukul 3 pagi, bertuahnya cik nelly boleh terjaga 1/3 malam, tapi mampukah cik nelly bertahajud diwaktu itu. Maka rugilah jika kita tidak dapat melaksanakan.
Sesungguhnya wajib pun tidak mampu tapi berusaha untuk melakasankan.
   Pepagi, Huh! malasnya nak bekerja hari ini, sebabnya esok cik nelly dah pergi kemaman. Banyak kerja yang tak wajib nak kena buat. Tapi sifat malas membuak buak dia dalam diri. Mama pernah pesan jangan malas, nanti bila time gaji mesti rasa tak cukup, sebabnya kita buat kerja dengan keadaan tidak ikhlas.

Mama OH Mama,
  Kerisauan dia tinggi, nak drive pergi kemaman. Mula mula tidak bersetuju tapi pujuk punya pujuk
akhirnya dia kalah jugak dengan anak bongsu dia ^_^.
   Malam ini, mesti dia dah buat senarai dan peringatan sepanjang kat sana. Itulah mama yang sering anggap cik nelly macam umur 12 tahun.
   


   Empat Hari, Sememangnya masa macam sekejap mungkin rasa lama. Nanti rindu SUPERBIKE F, belum pergi dia macam tak bagi, yelah hujung minggu selalu mesti spend time, tetapi minggu ini tak dapat. Biasalah mula mula bercinta cinta memang begini. ^_^
    Malam ini quality time, masa untuk berdua. Semalam tetiba SUPERBIKE F didepan rumah ! Bawak ikan terubok masin. Waktu itu cik nelly dah terlelap dah tetiba dapat call. Dating depan rumah, macam sweet je.
Bila semalam nervous first time buat AIR untuk SUPERBIKE F!. Mengelabah sudah semestinya, tapi wat lek wat peace. Hello kemon lah cik nelly okey, Of course terrer. HAHAHAHA
    Tulis entry ini pun dah rasa rindu, entah kenapa sekarang memang tak boleh berengang rasanya dengan SUPERBIKE F.Hopefully rasa ini sampai bila-bila. Aminn
 

RINDU.. kurniannya ALLAH.

Dear SUPERBIKE F, 
    Saya tak ada untuk EMPAT HARI Saya ada sentiasa dengan awak.
Itu dalam hati Awak.

  • Jaga diri,jaga iman, jaga solat
  • Jangan pandang dengan perempuan lain
  • Jangan mengatal dengan perempuan lain

  Walaupun tak lama, walaupun saya bukan pergi Overseass! saya nak pesan dan nak bagi tahu je...
Kerisauan saya sangat tinggi dengan awak, terutama pasal hati..
Saya tak mintak tapi saya takut awak berubah hati ..


jumpa nanti malam SUPERBIKE F ...

Monday, September 14, 2015

Angan Angan Dan Berangan Mungkin Boleh Jadi Kenyataan ^_^




Assalammualaikum..
  Hai Korang!!, tetiba nak entry tengahari ini. Of courselah exciteed bak Hang!.
Semalam cik nelly keluar sekejap dengan SUPERBIKE F! sebab minggu lepas kita orang tak spend masa untuk berdua sahaja!. And then cik nelly decide lah malam semalam (AHAD). 
  Selepas pickup SUPERBUIKE F kat rumah dia, macam biasa SUPERBIKE F nak bawak kereta, tak bagi chan langsung kita nak bawak! setiap kali keluar mesti tak tahu nak pergi mana, SUPERBIKE F ajak tengok wayang, tapi cik nelly tak rasa nak tengok wayang pun. And then dia bawak cik  nelly pergi TITIWANGSA!
   Sebenar benarnya cik nelly lebih suka spend time berdua dengan bercerita, cerita sahaja apa yang nak cerita, walaupun cerita itu dah BASI, hehehe. Cik nelly tak kisah pun kalau nak cerita benda yang lepas, tapi sebenarnya tak elokkan, kalau benda itu best or yang tak boleh lupa, should be okey je,
   Kita orang jalan lah kat TITIWANGSA, tapi separuh sahaja boleh tercabut kaki kalau jalan satu taman.
Cerita punya cerita sehingga pukul 11mlm, SUPERBIKE F memang ada HABIT suka komen siapa yang lalu didepan mata dia, Cik Nelly pun tak faham!!.Mulut macam perempuan ada sahaja yang nak cakap! Cik nelly hanya mampu diam dan gelak.
  Sebelum itu, means sebelum sampai kat TITIWANGSA, SUPERBIKE F tanya cik nelly pakai cincin saiz apa?? Terkejut pun ada, sebab belum pernah lagi ada someone yang tanya pasal size cincin cik nelly. Arwah Azuan pun tak pernah. Cik Nelly malu, yelah takkan terus cakap NAK! hahaha, it is GELOJOH okey SUPERBIKE F.
   Kalau SUPERBIKE F nak tahu siza maybe SIZE 5, tapi kita nak cincin macam kat gambar atas tuh.
 hehehe. Tapi tak kisah pun nak bagi cincin apa, janji ikhlas, tapi cuma nak tahu cincin itu sebenarnya untuk apa? PROPOSE? or JUST TANDA yang cik nelly milik SUPERBIKE F.


Dear SUPERBIKE F ...
   Untuk story kita, boleh tak make it suprise and make idea to propose ME ? ^-^
tapi jangan bagi tahu saya?? Saya tahu SUPERBIKE F mesti boleh



Tuesday, September 8, 2015

KEHIDUPAN YANG MASIH BERJALAN ...

Assalammualaikum...

Hii Korang! ^_^

  Sudah lama cik nelly tak tulis entry kat sini, tak berhabuk pun, masih ada lagi, cuma sibuk dengan kehidupan kehidupan.
Alhamdulilah, masih bernafas sehingga ke hari ini, Cik Nelly seperti biasa masih berkerja lagi di Aeon. Co. (M) Bhd. Tak terfikir lagi nak tukar buat masa ini. Selain itu kawan masih ada lagi disisi, biasalah lah bila time perlu ada lah disekeliling cik nelly, bila tak ada berterabur lari tak cukup tanah.

   Dipetang macam ini, cik nelly tak tahu kenapa nak entry blog kat sini, mungkin penat dengan masyarakat disekeliling, sekarang rasa fobia nak kawan dan memilih kawan. Bukan apa, takut yang didepan lain tapi dibelakang dia manusia yang paling TERINDAH!. Kekadang terpikir jugak apa yang cik nelly dah buat dekat sekeliling sampai cik nelly dapat macam ini. itsn't FAIR TO ME!

    TERDIAM! itu sahaja yang cik nelly mampu, banyak muhasabah diri yelah kita ni kan manusia alpa, kesalahan sendri kekadang kita tak nampak, tapi kesalahan orang lain kita cepat je.

ONEmorething..

Alhamdulilah, I HAVE SOMEONE maybe boleh lah berkongsi cerita. Actually cik nelly takut sebenarnya. sebab SUPERBIKE F is seorang yang GARANG(temperature is very HIGHIEST) tapi dalam hati cik nelly tahu dia seorang yang baik.

30/08/2015 itulah permulaan kami, Harap Superbike F yang terakhir.

 Sebagai permulaan cik nelly just ikut the flow, Itulah orang tua tua yang dah pesan, orang yang kita tak suka tuelah kita akan dapat.
Actually bukan tak suka SUPERBIKE F, maybe sebab sekeliling suka bercerita buruk so, sikit sebanyak ketidaksukaan SUPERBIKE F makin lama makin tinggi.

Semakin hari Semakin YAKIN, Betullah orang cakap nak bahagia kena terimalah seadanya seseorang itu, lagi lagi kekurangan si dia,


      Dear Superbike F,
I know, niat awak dari mula sangat baik untuk saya, begitu kerdil selama dua tahun bila tahu awak suka saya, walaupun awak tahu dulu yang saya suka awak. Saya harap awak yang terakhir untuk saya, saya doakan semoga kita cepat cepat dihalalkan. Awak pun berusaha jugak!
Saya harap awak dapat bimbing saya sehingga akhir hayat kita.
Saya tak minta lebih hanya kasih sayang dan sepenuh perhatian untuk saya.





Thursday, June 25, 2015

21 May 2015 : Day 3 Krabi, Thailand



Assalammualikum

Hi ^-^

    Hari ketiga, untuk hari ini kita pilih untuk main kat land tour sahaja. means tracking and berjalan sahaja.
Land tour korang boleh pilih package jugak, macam kita orang hanya pilih 4 sahaja : Tracking elephant, Hot Stream, Tiger farm and Emerald Pull.

  Trip hari ini seawal kul 8.30 pagi macam biasa, kali ini semua breakfast maggie!. Perjalann bermula ke tiger farm. Dalam pikiran memikirkan adakah kita orang akan bermain dengan HARIMAU! hahaha, rupanya tidak sama sekali. Rupanya dulu tempat itu ada banyak rimau so that why lah diorang letak nama tu.







NEXT!
   Elephant tracking, First time naik gajah! haha naseb baik dapat gajah baik, Satu gajah boleh naik dua orang sahaja, Jauh jugak perjalanan. Macam biasa cik nelly kena Sunburn! Berserah sahaja pada cahaya matahari yang sangat terik!
   Naik gajah selama 45 minit jugak, dia pusing pusing kat situ jew, Macam biasalah kalau jalan dengan gajah mesti berak dia je sahaja lebih, jalan-jalan berak, jalan-jalan berak! Sebaik dia tak "bersin"

Selepas itu kita orang beli pisang dan bagi diorang makan!

Pisang sebakul : 60bht (RM6)





HOT STREAM WATERFALL

HOT STREAM WATER FALL, kat sini ada air panas and air sejuk, Kat sini just walk, Air tak dewlah panas sangat, Macam biasa sahaja. Tapi best lah sebab main hujan. Hujan turun lebat lah jugak!
Berjalan dalam hutan rasanya.


Last Part!

   EMERALD PULL
Okey kat sini cik nelly tak join geng cik nelly untuk mandi sebab cik nelly tersangat. Okey lupa nak bagi tahu yang package kita orang amik termasuk sekali dengan makanan tengahari. Makanan kali ini tersangat teratur memang dia dah susun untuk setiap group. Selepas makan kita orang terus pergi ke Emerald Pull. 
   Masa kat sini tersangat suntuk, Hanya bagi 2 jam sahaja. Korang kena jalan lebih kurang 1800km
Wow! memang kurus kalau hari hari berjalan macam ini. Cik nelly just amik gambar diorang. Bukan apa cik nelly malas nak tukar baju semula. Dah tahu cik nelly akan lambat. hahahhaha


<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aktiviti Malam



Malam ini adalah malam terakhir kami, kami decide untuk cari buah tangan semua dan makan makan makan.
Okey korang kalau pergi krabi jangan lupa makan Banana Pancake Mak Cik Jamilah, Memang yang paling terbaik!
    Cik nelly lebih kurang hari hari jugak lah makan pancake tuh! Memang sangat sedap.
Malam itu lagi sekali kita orang pergi "THAI URUT" tapi pergi kat tempat lain pula.

   Malam itu jugak diorang celebrate birthday cik nelly dan seorang lagi Akak@Abang Shafarin hahaha
Best plus terharu, Diorang beli cupcake kat starbuck semua dan celebrate tepi pantai!



To Be Continuee...


Wednesday, June 24, 2015

20 May 2015 : Day 2 Krabi, Thailand


Assalamualaikum

Hi ^-^

 Seawal pukul 6.45 a.m (waktu thailand) kami dah terjaga, Hari ini pergi 7 island.
Perasaan macam macam ada, Snokling memang first time, naik boat dah banyak kali,
tapi perasaan kat tempat orang rasa biasa sahaja tiada beza pun

  Perjalanaan bermula seawal 0830 a.m breakfast hanya makan biskut sahaja sebab memang tahu nak mandi laut nanti tak boleh nak berenang ^_^

   Kalau korang amik package yang berhadapan dengan hotel kita orang sangat best, dia akan pickup korang dari hotel sampai ke tempat menaiki boat.
 
   Perjalan ke First Island lebih kurang 45 minit

First time naik Boat !
Gambar Wajib


Aonang Island

   Pulau yang pertama Aonang Island, pulau nie kecik sahaja, kita orang berhenti selama 45 minit jugak, Aktiviti bebas. 

  Waktu kitaorang sampai hujan memang sudah menunggu untuk turun. So hujan sekejap semua lari ke Boat.
Tapi waktu kat boat cik nelly memang dah mula rasa mabuk naseb baik ada sediakan air Oren Fresh!


James Bone Island





   Untuk pengetahuan korang ada yang kita orang duduk sahaja dalam boat untuk tengok beberapa pulau yang dalam package.

    Sebelum kami turun satu pulau memang dah lupa hehe, Kita orang diberi masa lebih kurang 30 minit untuk swinmming, Dia pun code & conduct pun memang terbaik sebab layanan dia dan penerangan dia memang jelas, walaupun engilish fail hahaha.

    Kalau korang amik package untuk island kebiasaannya memang dah termasuk untuk makan tengahari sekali so, korang memang dah jimat kat situ. Makanan macama biasa Tomyam tak lari dan ada satu makanan ini dia daripada daging yang dihancur masak bersama kacang peas.






Pulau Ke-6 Phi Phi Island


     Sebelum snockling kita orang pergi tempat yang wajib kena pergi!

Sebab Apa???


Auwww! SEXCYYYY >-<


     Tempat ini memang sangat best, memang ramai sangat sebab kat sini memang spend lebih kurang 1 Hour.
Kat sini jugaklah cik nelly dah start BURN!! memang kulit muka dah start belang belangan dan muka cik nelly dah merah kemerahan!
  
     Kat sini memang amik gambar banyak gila kita orang, peduli apa bukan kenal pun hahaha
Tapi ada jugak yang tengah honey Madu kat sini (Me is Jeless)!!

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

TIME SNOCKLING!!!


  First time snockling, sememangnya tak reti, dan perasaan ingin mencuba sangat takut. Mula mula memang dah cuba memang fail!. So, kak aziam dengan sangat baik hati mengajar cara cara nak snockling. Dia cakap "Bila lagi kau nak snockling kat sini??" ^_^ 
So tak nak menyesal, bersungguh sungguh sehingga lah berjaya!, tapi frusted untuk Kak Ila kita yang tak berjaya tapi usaha ada!

   Tengok kehidupan laut sangat cantik tapi diorang cakap tak cantik mungkin bagi cik nelly yang first time so cantik sahaja.

  Selesai sahaja snockling selama 45minit, kita orang gerak balik ke hotel lebih kurang pukul 0500p.m


Aktiviti Malam 

<<<<<<<<Cari tempat untuk makan malam>>>>>>>>>
 Lepas sahaja maghrib kita dah rasa fresh sebab dapat tido sekejap, sakit jugak badan badan sebab buat aktiviti aktiviti kat laut tuh.




   Malam itu kita sewa motor scooter, then kita orang berjalan sehingga ke kampung sebelah terjumpalah pasar mala diorang, Cik nelly dapat cari kerepek untuk mak cik nelly. Then kita orang baru bermula dengan acara makan malam, sebab semua sudah lapar!, Cik nelly makan makanan kueh teow goreng sahaja sebab dah malam sangat + penat!
   Malam ini kita orang plan nak mengurut "cara thai". Perghhhh, cara penggang memang lembut tapi ganas! tertido lah jugak, Cik nelly biasa mesti gelak gelak kalau orang mengurut. Selesai mengurut kita orang diberi minuman teh hijau so sangat fresh!

#urut thai : 250bht


To Be Continue >>>