Tentang Perasaan Sesebuah Hati ...


21 OKTOBER 2015,




    "Cinta bila hati bertemu hati dan diberi rasa yang kita tidak boleh hidup tanpa seseorang."


"Apabila kita suka seseorang dan kita takut sama ada dia sudah berpunya atau belum atau juga takut cinta kita tidak berbalas, Hanya doa dalam diam diam yang kita boleh harapkan supaya dia milik kita."


"Bersungguh sungguh lah kamu terhadap sesuatu perkara, sebab kita mampu mengapainya sebelum ianya terlambat"


"Perempuan mahupun lelaki, tiada terlepas dari perasaan ini. Perasaan yang boleh membunuh hubungan yang mungkin sekian lama terbina. Malah ianya sering berlaku. CEMBURU walaupun dengan darah daging kita sendiri"

"AJAL & MAUT dan Jodoh semuanya ketentuanya. Kita hanya mampu berdoa apa yang kita mahukan"


Hai Korang!

   Hari ini tetiba tak tahu kenapa nak entry waktu waktu begini, walaupun kerja tengah banyak. Ibarat jika tidak lepaskan pasti akan rasa bermacam macam kita tidak pasti. Lately, terlalu banyak cik nelly rasa dan bermain dengan perasaan. Lately ini jugak hubungan dengan Superbike F suram, ada sahaja yang tak kena. Kekadang benda kecik pun cik nelly terasa dan rasa rasa ini macam tidak adil. Kekadang cik nelly cuba untuk melawan or ignore sahaja dengan perasaan ini. Kalau kita layan semestinya lagi buruk.

   Untuk permulaan perhubungan dan untuk duduk dalam zon yang selesa mungkin perasaan begini sering berlaku. Sebab memasing tengah mengenal antara satu sama lain yang mungkin juga kekadang ada sesetengah perangai or atitude yang kita tak boleh nak terima. Tetapi kita menerima seseorang itu walaupun dia bukan apa yang kita mahu. Bukan dasar atas kasihan atau terpaksa tetapi belajarlah menerima orang itu seadanya dengan hati yang terbuka bukan paksaan.

  Superbike F mungkin terperanjat or tak selesa dengan cik nelly waktu begini. Yelah kekadang bermoody. Cik nelly jenis yang diam. Kekadang memang rasa apa yang dibuat yang kita tak suka. 

Perasaan yang sangat terasa ...

"tidak menjanji yang terbaik tapi cuba jadi yang terbaik"

Tapi kalau kita yakin tapi bukan untuk kita ..



"Kekuatan bila mendatang" ...



"REDHA"


Bila kita letak semuanya pada yang satu ...






Hanya dia yang mampu mengubah segala takdir dan ketentuanya ..


dan janganlah kita lupa ucapkan untuk motivated diri kita balik ...

-END-

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>