SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

SINOPSIS TELEFILEM TALAK
Badrul (fizo,omar) amat mencemburui persahabatan isterinya Yasmin ( diana daniele) bersama Mukhriz, telah menimbulkan spekulasi kemungkinan Yasmin dan Mukhriz mempunyai hubungan lain yang tidak diketahui oleh Badrul. Si yasmin nih kerja pramugari. So si badrul selalu syak prasangka apa yang yasmin lakukan dibelakang dia.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari si badrul nih naik hangin dengan yasmin dia tetapkan sesiapa salah satu mereka berdua yang curang, tidur bersama pasangan lain, jatuhla talak itu.

Si badrul nih rapat dengan rina, sampailah terlanjur. So dah jatuhla talak tuh. Takut punya pasal, si bad suruh rina rahsiakan perhubungan itu. Badrul dengan yasmin dalam tempoh tiga bulan tuh dah makin baik hubungannya apabila yasmin pun sudah tidak lagi jadi pramugari. Dia jaga bahagian admin jer.
Dalam tempoh tiga bulan tuh, si rina tuh bagitahu yang dia sudah mengandung hasil perhubungan sulit dengan badrol. Badrol sangat takut dan bimbang. Dia mahu si rina gugurkan kandungan itu. Tetapi rina tak mahu. Sebaliknya rina cuba mendekati yasmin, tapi dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Masalah yang terjadi ialah si badrul tidak menyelesaikan masalah ini dengan segera dan tidak jujur. Keadaan jadi makin rumitlah kan. Apepun lama-lama mesti kantoi punya. Bila dah kantoi, makin serabut jadinya.
Yasmin tak mahu lagi bersama dengan badrol. Dia pasrah atas apa yang berlaku. Yasmin tidak mahu rina gugurkan kandungan itu kerana kandungan itu tidak bersalah. Kerana mahu menutup air muka fizo, tidak harus jadinya perbuatan menggugurkan kandungan itu. Yasmin menyuruh badrol bernikah dengan rina dan mulakan hidup baru.
Yasmin tak mahu lagi bersama dengan badrol. So, moralnya ialah, jangan main-main dengan talak nih. Ia sangat bahaya. Takut sebenarnya bila nak cakap perkataan itu. Fuhh sebolehnya jangan curang tuh pun satu. Percayalah dengan pasangan masing-masing. Berbincanglah terlebih dahulu. Jangan terus menghukum tanpa kita selidik dahulu. Sekian terima kasih.

Assalammualaikum...
Hi Korang ^-^
Talak, cik nelly nak cerita pasal cerita ni yang disiarkan kat TV3 semalam, Wah! cik nelly nak bagi 10 bintang rasanya. Cerita dia sangat best, pelakon dia boleh tahan jugak. Sangat Hebat!. then yang paling penting cerita dia bagi kesedaran dan kesan kepada cik nelly.
Sedih bila tengok seorang wanita dilukai, curang dan tidak jujur dalam satu perhubungan, bukan senang untuk kita menghadapi Yes! Ini mungkin satu ujian untu seseorang itu, tapi respect siapa yang bergelar Yasmin dalam cerita ini, perwatakan dia sangat lembut dan hormat suami dia, tidak meninggi suara walaupun suami dia yang sering berperangsangka tidak baik!

Yang mana terlepas, sila layari laman web tonton.com.my

Comments

Popular posts from this blog

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>