"Biarkan Manja Menghabiskan Masa dengan Mama" .....


biarkan manja menghabiskan masa dia dengan mama - Along


Assalammualaikum ..

 Semalam adik beradik berkumpul, nak bincang pasal kenduri pertunangan cik nelly pada 31 Januari 2016 tahun depan. Balik kerja macam biasa mandi dan terus makan sementara tunggu adik beradik yang lain datang. Entah kenapa makin dekat kenduri makan macam tiada rasa mungkin rasa berdebar didada.

Abaikan ..

9.30 pm perbincangan pun bermula dari cik nelly sebabnya kenduri cik nelly kan, So cik nelly kena mulakan terlebih dahulu. Mula berbincang pasal bila nak bincang dengan pak cik pak cik. So tarikh dah tetap pada 12/12/2015 (Sabtu).

Selepas itu cerita pasal Majlis Bertunang. Cik nelly bentanglah segala budget dan apa yang cik nelly plan dengan Mama cik nelly.
Bincang punya bincang sampai jam lebih kurang pukul 11 macam itu.

Alhamdulilah selesai.

Tetiba
Kak ipar (kak akma) bersuara pasal percutian family kita orang. So pilih tarikh semua dan setuju 9&10 April 2016. Selepas majlis pertunangan cik nelly. Cik nelly request cameron highland tapi macam tak sesuai sebabnya anak buah cik nelly masih kecik so nak cari tempat yang boleh diorang main sekali.

Ke Melaka lah kita..

Malam tadi semua gelak sakan tetiba Kakak Cik Nelly bersuara
    " Manja tak nak bawak Fariq? "
Cik Nelly cakap tak nak sebabnya tak leh nak mengedik dengan anak buah. Cik Nelly kekadang kan macam budak budak. Hehehe

and then dengan secara natural dan suasana dah riuh semula gelakkan cik nelly. Along nelly pun cakap
           along pun rasa tak yah la "biarkan manja habiskan masa dia dengan mama" 

perasaan ketika itu tetiba cik nelly rasa macam gelap dan tersentuh dari hati, yelah satu hari cik nelly akan kuar dari rumah itu dan akan ikut pergi bersama suami cik nelly. Bila dah berkahwin tak boleh dah macam dulu dulu.
Sehingga sekarang terngiang ngiang kata kata along ...

Disaat kita memulakan kehidupan baru, kita akan merindui masa yang lama - Neliesuliza

2.25p.m


Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>