Bila Hati saya berkata...


Assalammualaikum...
Aku wanita biasa.. Tiada satu perempuan pun sempurna dalam dunia ini, melainkan dia cuba untuk menjadi sempurna.. Kepada siapa wanita dicipta semestinya untuk kaum adam diluar sana.. Wanita jangan dibilangi cantik tapi bilangi lah dia sangat cantik.. 
Cik nely sangat bertuah dilahirkan dibumi ini dengan 2 keluarga.. Cik nely ada ibu& ayah dan papa&mama.. 
Bukan mudah untuk menjaga hati orang tua, semua anak ingin terbaik untuk keluarganya..
Cik nely seorang wanita yang pemalu, manja, pendiam & senang mesra dengan sekeliling.. Kehidupan cik nely dari kecik sampai ke hari ini adalah sederhana.. Papa&mama banyak ajar cik nely nilai kehidupan berdikari.. Nak sesuatu haruslah usaha sendiri.. Sejak arwah papa pergi pada tahun 2006.. Waktu itu cik nely tingkatan 3.. Cik nely menangis dan rasa sangat kehilangan seorang papa yang banyak besabar tentang cik nely.. Cik nely dapat meneruskan kehidupan setelah hampir seminggu mencari diri sendiri.. Alhamdulilah waktu itu perasaan kehilangan itu tak begitu banyak impak kepada diri.. Cik nely memang tak banyak kawan waktu sekolah boleh dikira dengan jari.. Cik nely banyak menghabiskan duduk dirumah saja.. Cik nely bermula bercinta monyet form5 iaitu arwah wan.. Tapi tak lama kita  orang buat keputusan untuk menjadi kawan.. Setelah habis SPM cik nely teruskan belajar di IPB.. Dan habiskan belajar sampai dapat segulung diploma.. Alhamdulilah walaupun tak belajar tinggi sampai menara gading, cik nely bersyukur sebab bagi cik nely walaupun diploma kita boleh juga memulakan kehidupan walaupun dari bawah.. Selepas graduate cik nely keje di salah sebuah retail selama 3 tahun dan sekarang cik nely bertukar kerja dan kerja  syarikat retail jugak.. 
Cik nely berjumpa secara tak sengaja dengan arwah wan di pizza hut maluri.. Waktu itu actually teman sepupu nak jmpe kawan arwah.. Dari situ kami berkawan semula walaupun sebelum nie tak rapat.. Setelah hampir 6 tahun dapat jumpa balik.. Then kami sesuaikan diri selama sebulan dan arwah just ask me "awak nak jadi sebahagian dari hidup saya tak"?? Cik nely terdiam dan cik nely mintak beri masa selama hampir seminggu dan pada masa yang sama cik nely buat solat hajat & puasa supaya dapat petunjuk, alhamdulilah dalam masa tempoh yang diberi cik nely nampak dia tenang dan waktu itu cik nely hati berbelah bagi takut ditinggalkan tuk kali ke-2.. Alhamdulilah cik nely bagi jawapan YES" dan dia jawab "alhamdulilah" dan syarat cik nely kepada dia.. Cik nely tak anggap dia boyfrend tapi cik nely anggap dia seorang "bakal Suami" dan cik nely cakap cik nely tak nak kawan lama lama dan cik nely bagi dia tempoh 2 tahun.. Alhamdulilah disahut cabaran tue.. Sejak permulaan hubungan itu, cik nely nampak kematangan dia dan bersungguh sungguh dia banyak beri nasihat dan bimbing dalam segi solat... Cik nely bersyukur sesangat.. Dan kami dah mula buat persiapan sikit sikit.. Cik nely dah booking package pertunangan kami.. Dan dia selalu tak pernah cakap "insyaallah sayang kalau rezeki kita tak kemana mana".. Dan dia tak pernah "cakap tak boleh ini tak boleh itu".. Itulah diri dia.. Tapi sayang percintaan kami hanya bertahan 147hari sahaja, arwah pergi tinggalkan cik nely selama lamanya .. Cik nely tak pernah menyanyangi lelaki selain papa dan abang abang cik nely, dia cinta pertama dan lelaki yang pertama.. Cik nely baru nak rasa kebahagiaan sesebuah perhubungan tapi..itulah kuasa tuhan, kita hanya merancang tapi dia telah menentukan..
Sekarang cik nely meneruskan kehidupan semula dengan sendiri.. Walaupun sekeliling cik nely ada dibelakang cik nely, cik nely bersyukur sesangat..
Cik nely cuba untuk melupakan segala galanya, alhamdulilah cik nely dapat biler ada seseorang cuba sesama bantu cik nely untuk lupakan dia, bukan lupakan segala galanya tapi lupakan kesedihan yang cik nely tempuhi, bila kita berkawan semestinya lah mengaharapkan sesuatu hubungan itu ke arah kebaikan..
Cik nely cuma hanya berdoa agar cik nely tak dianiaya tak difitnah tak dicerca tak di hina dan tak dikecewakan..
Sesungguhnya menjadi wanita yang dihormati dan terhormat susah untuk dilakukan.. Kita cuba sentiasa memperbaiki diri sendiri supaya kita tak tersalah arah dan tersilap langkah. Sesungguhnya kenangan dan kesilapan mematangkan diri kita..

Luahan dari hati 
Neliesuliza
Selasa, 8.10pm
                  
                
              

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>