Dia.. Mohd Azuan Norazlan

Assalammualaikum
Hai blogger!
Begitu banyak cerita suka duka pahit dan manis sepanjang kami berkenalan.. 147 hari.. Disebalik nombor itu banyak kami lalui dan kami rasai .. Cik nely dan Mr Right dah booking untuk kami tunang pada tahun depan 27hb April 2014.. Tarikh tue bersamaan dengan tarikh lahir dia.. Cik nely dan Mr right memuaskan antara satu sama lain dan masing masing sanggup buat ape sahaja dalam hubungan masing masing.. Sebab kami berkawan sejak kami SPM.. 

Cerita mulanya kami berjumpa
Bermulanya di tasik permaisuri.. Pada hari itu ada program rakan muda dan cik nely baru sahaja join dengan sepupu nely.. Nak pendek kan cerita waktu itu nak hujan dan ada satu singnboard nak jatuh dekat cik nely waktu tue Mr right yg selamat kan cik nely (hero cik nely) tapi perasaan waktu itu WOW! Haha, then selepas program itu kami terlibat program campaign dekat sg.kemesah hulu kelang.. Mr right ada jugak sekali.. Tapi cik nely memang tak tegur laa.. Banyak jugak kenangan kat situ.. Dan bila nak balik kezens cik nely mengusik laa.. Suruh amik gambar bersama..wow happy giler tapi tak ade pun perasaan kat dia kat situ actually minat kawan dia lagi satu.. 😊😄 then selang beberapa hari cik nely balik dari sekolah dapat mesej no yang tak kenali, wah ayat dia memang best laa.. Mula mula text tanye nak join rakan muda mcm mana laa..  Then cik nely macam pelik taw, cik nely terus contact kezens cik nely tanye sape nie dan rupanya dia complot dulu dengan kezens cik nely... Haha.. Lepas tu ape lagi ligat lah mesej, nampak tak usaha dia yang sangat gatal! Selang beberapa hari jugak Mr right ajak couple.. Sangat manis  ayat dia.. Mr right cinta pertama cik nely dan kami sempat lah bersama sama beberapa bulan dan Mr Right pergi dengan izin.. 

Selepas itu cik nely bawak jumpa keluarga besar cik nely, Alhamdulilah Mr right boleh terima dan boleh sekepala la dengan abg abg nely.. Bersyukur sesangat semua menerima Mr right.. Dan cik nely bincang dengan mama cik nely yang cik nely nak bertunang dan mama nely setuju.. Ada satu hari itu kita orang pergi festival pengantin.. Haha.. Excited giler Mr. Right..

 
Mr right tulis dengan perasaan yg gembira sesangat..
 
Selepas itu banyak lah kita orang bincang sikit sikit..tapi tak dewlah terlalu serius.. And then pada 20hb July 2013 Mr Right bawak berbuka puasa bersama Mak&ayah kat Hotel Royal Bintang 😊😄
Hurm, perasaan waktu itu memang takut sesangat sebab Mak sangat garang Mr right cakap! Then jalan jalan dekat the curve tue, tapi banyak borak dengan Ayah.. Ayah best! Mr right sangat lega katanya selepas Cik Nely jumpa mak n ayah.. 

Alhamdulilah 147 hari banyak sangat kenangan yang tersimpan dalam fikiran nie.. Sehinggalah pada pagi 29hb July 2013 (9 hari selepas berbuka puasa dengan Mak&ayah) Mr right pergi untuk selama lamanya.. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ini dan sampai sekarang masih terasa dia bersama sama cik nely... Alhamdulilah 3 hari sebelum itu banyak masa dia spend dengan cik nely, itu dikatakan jodoh& ajal maut ditangan tuhan.. Cik nely redha dengan permergian dan dia dia berjanji nak bawak cinta kami ke syurga..


Alhamdulilah dia sangat bahagia bersama sama cik nely dan cik nely percaya dia tunggu cik nely disana.. Hanya doa yang dapat cik nely utuskan dan semaikan cinta cik nely kepada dia.. 

D.. Insyallah Doa B untuk D tak pernah B lupa, itu sahaja bukti cinta B kat D.. D tunggu b disana insyaallah b ingat pesan pesan D.. Hanya D dihati B tiada lelaki lain, pintu hati B tertutup untuk semua lelaki kecuali mohd azuan norazlan..


Yang Amat merindui selalu ..
Neliesuliza@Mrs Always Right U!

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>