Bila Rasa Itu Sedih



Assalammualaikum..

 Hai korang, darimana untuk dimulakan cik nelly pun tak tahu..

  Ketika ini perasaan sedih membuak buak dirasai. Bila fikir apa yang berlaku disekeliling kita memang rasa bagai langit dengan bumi. Entah kenapa terasa ingin jauh dari semua orang. Cik Nelly sekarang bagaikan kosong tidak tahu yang mana hendak dimulakan dulu. Ketika ini hanya mampu menangis sahaja.

  Cik Nelly have problem tak tahu atau cik nelly mungkin tak sedar. Cik nelly tengah berhadapan macam di sekeliling cik nelly ni. Macam mana hendak face tu cik nelly tengah mencari, buat masa sekarang ini cik nelly memilih untuk berdiam diri sahaja.

  kekadang memang cik nelly tak sedar apa yang cik nelly buat. Tapi cik nelly rasa dah cukup jaga perasaan sekeliling cik nelly sampai hati cik nelly tak de orang  jaga tapi cik nelly tak pernah amik kisah, asalkan sekeliling happy cik nelly pun happy. Risiko memang ada tapi berhadapan dengan baik.

  Sedih cik nelly bila cik nelly banyak hati yang cik nelly kena jaga dan bila cik nelly tak dapat jaga hati cik nelly rasa kecewa distu. Bila banyak hati yang kena jaga macam beban yang sangat berat. Tapi hati cik nelly tiada siapa nak jaga. Sedih bila orang ignore kita or kita ni ditengah tengah. 
  Cik Nelly ada hati family nak kena jaga, Hati Family kandung, Family angkat, Family sedara mara dan hati kawan kawan yang mengenali. Macam mana cik nelly nak jaga memang tak mampu, tapi bagi yang tak faham yang cik nelly memiliki 2 keluarga yang perlu jaga. Seronok memang seronok sebab ada 2 family. 
Tapi bila mereka tidak paham, Cik nelly rasa sedih disitu. Sedih teramat sesangat. 

  Cik nelly tahu tuhan tidak menguji seseorang itu kalau dia bukan seorang yang kuat. 

   Cik Nelly adalah seorang anak angkat, perasaan sedih memang ada kenapa bukan keluarga kandung sendiri, tapi cik nelly tak pernah salahkan mereka ada sebab kenapa kita disini semuanya ini semua dan tertulis perjalan hidup cik nelly, Cik nelly bersyukur dengan family sekarang yelah membesarkan kita. 

   Tapi cik nely terkilan bila mereka tidak pernah paham perasaan cik nelly, macam nak face kalau memasing ada keegooan, memasing tidak pernah paham sesuatu situasi. Ya kita ini anak angkat sahaja. Tapi rasa beban bagaikan batu yang besar. Ya sejak arwah papa tak ada memang rasa lain tiada yang guide kita. hanya ditanggung oleh ibu sahaja. Bila semua dah kahwin pilih kasih semestinya ada. Tapi tidak kisah pun kita tahu kita ditahap yang mana. 

  
To be continuee...
tak tahan sebak didada

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>