PiALa MALaySiA miLIk NEGERI SEMBILAN >>>

Kalau di Malaysia, Piala Malaysia adalah satu kejohanan bola sepak yang sangat berprestij di negara Malaysia dan juga antara kejohanan yang tertua di rantau Asia dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 ini akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara.










SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas mengalahkan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir malam ini.
Terengganu memulakan jaringan pada minit ke-59 dengan jaringan oleh Mohd Ashaari Samsudin.
Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan akibat kesilapan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, yang gagal menangkap kemas sepakan S Kunalan pada minit ke-81.

Lima minit kemudian, Negeri Sembilan berjaya menghasilkan satu lagi gol hasil jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-86, memastikan kemenangan untuk Negeri Sembilan.


Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>