hAriMAu MAlAy tErBAik :))


Perlawanan antara Malaysia menentang Singapura semalam dengan keputusan seri 1-1 memang sangat menghampakan para penyokong malaysia yang berduyun-duyun datang ke stadium dan juga yang menonton daripada rumah. Walaupun seri sebenarnya malaysia kalah dengan aggregat 6-4 setelah malaysia tewas ketika menentang singapura pada 23 Julai 2011 5-3. Musnah harapan untuk layak ke Piala Dunia. Tak tahu bila lagi kita akan mampu ke sana.
Perlawanan malaysia vs singapura semalam memang memberi banyak pilihan kepada pasukan Malaysia kerana bermain di tempat sendiri dengan sokongan lebih 85,000 penyokong yang memenuhi stadium. Namun nyata pasukan Malaysia masih tidak dapat belajar daripada perlawan menentang Singapura minggu lalu. Banyak kesalahan yang sama dilakukan, dan masih di ulang-ulang. Lihat bagaimana pada bahagian pertahanan yan mudah di bolosi oleh singapura, sangat-sangat mudah. Namun nasib masih milik kita, di mana banyak cubaan di selamatkan oleh penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi.
Pemain terbaik semalam boleh diberikan kepada khairul fahmi kerana telah terbukti memang beliau mampu untuk menjaga gawang gol dengan baik. Banyak cubaan demi cubaan di selamatkan. Tapi kenapa ketika menentang singapura pada 23 Julai lalu tidak di masukkan khairul fahmi untuk bermain. Ini antara faktor kita bolos 5 gol dengan singapura.
Kekalahan awal 5-3 kepada singapura sebenarnya adalah amat teruk dan mengharapkan untuk menang di tempat sendiri untuk menjaringkan 2 gol bagi mendapatkan keputusan seri sahaja. Lihatlah semalam kita kalah. Jadi berharap kepada nasib dan bermain di tempat lawan harus di buang kerana ini akan merugikan kita. Anggaplah setiap perlawan walaupun di mana adalah sangat penting. Jika kita tidak bolos 5 biji, bayangkan bagaimana dengan keputusan semalam, mungkin kita akan layak ke pusingan seterusnya.
Kemampuan pasukan Malaysia masih lagi tidak boleh dibanggakan lihat bagaimana mereka melakukan hantaran-hantaran yang tidak tepat, tidak nampak strategi yang hendak di lakukan, dan yang ketara ialah bahagian pertahanan dan midfield yang sangat-sangat perlu di pertingkatkan lagi tahap kecekapan untuk menguasai posisi mereka. Banyak lagi yang perlu kita perbaiki setelah kita kalah semalam. Walaupun pasukan singapura banyak berlakon untuk melengah-lengahkan masa, namun itu bukanlah faktor yang menentukan kekalahan semalam. Sebenarnya pasukan harimau malaya itu sendiri yang perlu improve untuk bermain dengan lebih baik. Walau apa pon kami tetap sokong pasukan harimau malaya. Jangan hampakan kami lagi selepas ini.

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

PengALAMAn mAsuk biLIk ICU >>>