Jumaat 24042015 : Kau Yang Menciptakan Hati Hati Manusia

Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain-lain


Hidup ni memang sesuatu yang kita tak dapat jangkakan. Kadang-kadang kita selalu berharap agar kita selalu dijauhkan daripada perkara-perkara buruk tapi kadang-kadang dugaan datang melanda. Dalam apa-apa keadaan sekalipun memang kita harapkan sesuatu yang terbaik, terutamanya dari segi perhubungan. Semakin luas pergaulan kita, semakin banyak perkara yang dapat kita pelajari. Kita akan jumpa bermacam-macam ragam manusia ni. Terutamanya dengan kecanggihan teknologi pada masa sekarang, kalau kita tak kenal orang tu sangat pun, kita akan berhadapan dengan bermacam-macam ragam. Tambah-tambah dengan adanya facebook, friendster, blog, hi5, tagged dan bermacam-macam lagilah...
Bab kata pepatah....rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak semua perkara yang kita anggap baik, orang akan anggap benda tu baik. Pokok pangkalnya semuanya bergantung pada niat kita. Kalau baik niat kita...insyaallah Allah akan redhoi setiap apa yang kita lakukan. Kalau niat kita tu buruk, cik nelly percaya suatu hari nanti tuhan akan tunjuk jua. Kalau kita rasa niat kita tu baik, jangan pedulikan apa orang lain akan cakap.  Kadang-kadang lagi kita melayan benda tu...lagi sakit hati kita dibuatnya. Kadang-kadang berdiam diri tu lebih baik daripada kita marah-marah. Macam dunia blog ni jugaklah. Kadang-kadang kita tulis sesuatu perkara atas pendapat kita, pemikiran kita dan niat kita tu takde lah sampai nak riak atau perasan dengan sesuatu perkara. Tapi mungkin ada yang akan salah faham terhadap kita. Kalau kita tulis sesuatu perkara yang baik ...mungkin orang akan ingat kita nak tunjuk diri kita baik. Kadang-kadang kalau kita berterus terang pasal rasa tak puas hati kita, orang akan kata kita ni macam ni lah..
Bila sesuatu perkara yang buruk terjadi kat diri kita...mungkin kita akan tanya di mana silap kita. Mungkin kita dah berniat baik atas sesuatu perbuatan kita, tapi kita akan jumpa dengan orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita. Masa tu mungkin kita tertanya-tanya di mana silap kita. Sedangkan, kita tak mampu membaca apa yang ada di hati setiap orang. Bila kita bersangka baik dengan seseorang, mungkin orang tu akan membuat sesuatu perkara yang buruk terhadap diri kita. Bagi cik nelly lah kan...lagi banyak kita diuji, lagi Allah sayangkan kita sebab kita akan dapat tau banyak perkara....
Walau apapun yang terjadi, kita teruskanlah perjalanan kita dengan sebaik mungkin.Yang penting niat kita tu baik. Kalau kita rasa kita ada buat silap, perbaikilah diri kita. Sesungguhnya, semua manusia tidak sempurna. Mudah-mudahan, Allah akan berkati setiap perjalanan hidup kita  dan mendapat keberkatan daripadaNya..

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

REPOST : Sinopsis Cerita Isyarat Cinta