Hari Ini Anniversary Kita D! 05032015
Assalammualaikum..
Hai Blogger !
Hari ini 05032015 genaplah usia perkenalan yang serius kita orang yang ke-3 tahun tapi perkenalan sebagai kawan hampir 10 tahun, Bila ingat balik mula mula perjumpaan dan perkenalan memang sangat indah.
10 tahun nak cakap macam sia sia sahaja ! bila diorang cakap mungkin ada hikmah disebaliknya.
Bila teringat mula lah nak menangis, taip ini untuk caption nie pun dah menahan sebak didada.
Hanya yang satu sahaja tahu apa perasaan kita !
D, B kuat sebab adanya nya kawan sekekeling yang tak pernah bagi B sendiri, mula mula sewaktu kehilangan D, Family B yang banyak bagi support moral semua risau keadaan saya, Kalau mental B tak kuat, agaknya sekarang B bukan jadi orang la.
Teringat saat saat sebelum D pergi, D belikan bunga dan mama pun dapat (pandai amik hati MAMA ^-^), then bila B rasa teringin nak makan Macarons, D seseungguh cari sampai tanya Shana! padahal dekat sogo ada je !, then bila D tetiba muncul dekat office sebabnya B merajuk, wah indah sunggu waktu itu, mungkin waktu itu D dah tahu yang D akan pergi untuk selamanya...
B dah cuba menerima seseorang tapi mulut kata nak tapi hati dan perasaan tak boleh nak pergi. Kuatnya kesan bila kehilangan D. Sesungguhnya sekarang B tak boleh terima tapi rasa ada keajaiban yang terpikir mana tahu D muncul ke.
Mama kata bila nak kahwin?? dah ada calon, B berjumpa dengan seseorang B rasa tak sama dengan D so B rasa tak boleh nak Go-On dengan hubungan. Ya B mengaku selepas D pergi adalah beberapa yang "care" pasal B, tapi bila cuba tak boleh, sampai kekadang berpura pura..
D tahu kan B nya perangai macam mana, 100% kena perhatian terhadap B, kalau tak akan tarik muka la tarik segala galanya...
D ..
hanya doa yang mampu B bagi untuk kita punya hubungan dan ulangtahun, semoga kita berjumpa di akhirat nanti, Insyaallah tak pernah putus doa untuk D sebab B nak jumpa D!
Walaupun B tahu diakhirat nanti kita belum tentu dapat berjumpa....
Dihati tetap merindu ..
Neliesuliza
Comments