Kehidupan ...

Ahad, 8 Feb 2014
Kuala Lumpur, 
Kehidupan kita yang berbagai corak yang begitu banyak warna warni suka duka pahit manis yang kita lalui..
Kehidupan kita kekadang diatas dan kekadang kita dibawah bila kita diatas kita begitu senang dan apabila kita dibawah kita rasa begitu sukar menempuhinya..
Kehidupan yang penuh cabaran dari kecik kita dididik memjadi seorang yang akhlak yang bagus dan menjadi orang yang berguna pada masa hadapan..
Kehidupan di alam remaja kita memiliki sifat ingin mencuba bila kawan kawan yang baik sudah tentu benda yang baik kita lakukan dan bila sebaliknya kita pun ikut sahaja walaupun benda itu salah dan dari situlah kehidupan kita bermula..
Kehidupan dewasa adalah kehidupan kita yang sebenar hidupnya sebagai berdikari bagaimana nak teruskan kehidupan mencari rezeki yang halal mencari tempat perlindungan
Kehidupan percintaan semua orang bercinta, bercinta dengan manusia , allah , alam sekita dan sebagainya. Cinta manusia adalah fitrah semua orang akan rasai bagaimana coraknya dia yang menentukan. Cinta yang mengajar erti saling melengkapi antara satu sama lain yang mengajar kita sebelum masuk ke alam rumahtangga.. Dari situ lah kita tahu serasi atau tidak dengan pasangan kita.
Kehidupan rumahtangga apabila berjanji sehidup dan semati iaitu wali mengizikan kita membina sebuah masjid yang bersaksi dua ahli keluarga sendiri.. Indah hidup bila kita lalui alam perkahwinan, bila sesama ingin bahagia antara satu sama lain dan bila kita diberi rezeki dikurniakan anak yang dari hubungan yang halal masyaallah sungguh bahagia tak terkata ! 
Kehidupan kekadang kita bahagia tapi saat kita tidak mampu untuk harungi dan ini adalah jalan yang terakhir setelah kita minta pandagan sekeliling adalah bercerai, setelah bertahun tahun kita menjalani hidup bersama tapi itulah kita jodoh kita sampai disitu sahaja kita hanya merancang dia yang menentukan...


Itulah sebuah kehidupan yang kita pun tak tahu esok atau lusa kita pula bagaimana.. Kita hanya merancang dia yang menentukan.. 
Jalani lah kehidupan yang baik baik hargai lah sekeliling kita baik manusia jiran atau sebagainya.. Kita tidak tahu benda ini mungkin akan terjadi kepada kita balik tidak kepada kita mungkin adik beradik kita ataupun keluarga or sedara mara kita sendiri ☺️😊

Comments

Popular posts from this blog

SINOPSIS TELEFILEM TALAK TV3

kiSAh diA..mohd ashraf hafiz abdul aziz@ aleesha farhana >>>

REPOST : Sinopsis Cerita Isyarat Cinta