Hastaq Lately Post : Officially Tunangan Mrs Fariq Rosni ^_^
Assalammulaikum... 10/02/2016- 10 hari sudah bergelar tunagan orang. Dah tak boleh tengok mana mana lelaki, kena Jaga Mata, Hati dan Iman. Alhamdulilah, apa segalanya yang dirancang dipermudahkan urusannya. Persiapan memang dah buat 2@3 bulan lebih awal, persiapan dari segi barang hantaran dan comfirmation tetamu yang hadir. Bahagian makanan memang 100% serah pada mama, tahu tahu bagi duit sahaja ^_^ Banyak jugak yang sponsor, wah macam retis begitu!. Pelamin dengan Khemah 100% dapat tajaan! Hahaha kena bodek lerr. Macam hantaran pun sama, 100% dapat tajaan!. Permulaan persiapan bermula pada seminggu sebelum Majlis 31/01/2016. Persiapkan bahagian dapur terlebih dahulu. Pada malam jumaat bermula lah pembelian barangan kering. Cik nelly pun dah start cuti hari jumaat. Pantang & Larangan ! Cik nelly ingat kahwin je ada pantang dan larang, rupanya masa bertunang pun ada. Biasalah orang tua tua nie, banyak sangat dia punya pesanan. Kalau dah kahwin apa entah lagi.